Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

202) PEMBANGUNAN TANAH PERKUBURAN MASYARAKAT CINA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai apa-apa tabung untuk tujuan pembangunan tanah perkuburan masyarakat Cina di Selangor?

    Kerajaan Negeri tiada menyediakan sebarang peruntukan tabung khas bagi pembangunan tanah perkuburan bagi sesuatu kaum. Walau bagaimanapun, pada tahun 2001, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Tabung Amanah Perkuburan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha

    Kerajaan Negeri dan dianggotai oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B Pegawai Kewangan Negeri,  Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Bendahari Negeri dan semua Pentadbir Tanah Daerah.

    Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membolehkan Kerajaan Negeri menguruskan caruman perkuburan yang dikutip daripada pemaju atau pemilik tanah yang membangunkan tanah bagi tujuan pembangunan perumahan / kediaman atau pembangunan bercampur sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 4/2011 mengikut keluasan seperti berikut:

    1. Pembangunan seluas 100 hektar (250 ekar) dan ke atas

    Pembangunan perumahan / kediaman atau pembangunan bercampur bagi kawasan seluas 100 hektar (250 ekar) dan ke atas, pemaju atau pemilik tanah diwajibkan menyediakan tapak perkuburan (Islam dan

    Bukan Islam) dalam kawasan yang dibangunkan untuk diserahkan

    kepada Kerajaan Negeri dan dirizabkan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara.

    Walaubagaimanapun, sekiranya pemaju enggan atau keberatan menyediakan tapak perkuburan dalam kawasan pembangunan yang dilaksanakan, mereka dikehendaki membiayai kos pengambilan balik tanah di tapak lain mengikut keluasan yang sama sebagaimana yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri

    1. Pembangunan kurang daripada 100 hektar (250 ekar)

    Pembangunan perumahan / kediaman atau pembangunan bercampur bagi kawasan kurang daripada 100 hektar (250 ekar), pemaju atau pemilik tanah tidak diwajibkan menyediakan tapak kubur dalam kawasan pembangunan mereka tetapi diwajibkan menyumbang kepada Tabung Amanah Perkuburan yang berperanan untuk menyalurkan dana atau kewangan bagi membantu Kerajaan Negeri menyediakan tapak-tapak perkuburan di negeri Selangor.

    Bayaran ini hanya dikenakan kepada pembangunan untuk tujuan kediaman sahaja. Sekiranya melibatkan pembangunan bercampur, pengiraan hanya berdasarkan kepada unit bangunan kediaman yang dibina berdasakan kadar berikut

         
      Daerah   Kadar Yang Diluluskan
         
    i. Petaling  
    ii. Klang  
    iii. iv. v. vi. Gombak

    Hulu Langat

    Sepang

    Kuala Langat

    RM500.00 setiap petak rumah
    i. Kuala Selangor  
    ii. iii. Sabak Bernam Hulu Selangor RM300.00 setiap petak rumah

    Dalam hal ini, pemaju atau pemilik tanah dikehendaki membayar caruman tersebut secara sekali gus kepada Pentadbir Tanah Daerah dan caruman ini akan dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Perkuburan dan dikawal oleh Unit Perancang ekonomi Negeri (UPEN) Selangor yang mana tujuan penggunaan tabung ini adalah untuk:

    1. Perbelanjaan bagi membiayai penyediaan tapak perkuburan atau kos pengambilan tanah bagi perkuburan Orang Islam dan Bukan Islam atau urusan pembayaran yang berkaitan dengannya; dan
    2. Lain-lain perbelanjaan yang berkaitan pengurusan dan pembangunan perkuburan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Akaun.

    Pada masa kini, pengurusan tanah-tanah perkuburan masyarakat Cina di Selangor diuruskan secara persendirian oleh persatuan-persatuan NGO yang ditubuhkan untuk menguruskan tanah-tanah perkuburan awam bagi masyarakat Cina, dan secara swasta bagi taman-taman perkuburan Cina swasta.

    Selaras dengan kajian terhadap Inventori Tanah Perkuburan Dan Keperluan Perkuburan Sehingga Tahun 2060 Di Negeri Selangor yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, proses pewartaan tanah-tanah perkuburan awam bagi penganut Islam dan selain Islam sedia ada di seluruh negeri Selangor akan diwartakan oleh Pejabat Tanah yang berkaitan bagi memastikan isu pengurangan tanah perkuburan atas desakan pembangunan dapat diatasi.

    Berdasarkan Kajian Inventori Tanah Perkuburan Sehingga Disember 2010 di

    Negeri Selangor, jumlah tapak perkuburan Cina (awam) yang telah diwartakan di Negeri Selangor adalah seluas 223.34 hektar (551.89 ekar) daripada jumlah keseluruhan tapak perkuburan Cina (awam) seluas 415.22 hektar (1026.03 ekar) iaitu sebanyak 53.79%.

  2. Bagaimana pengurusan tanah-tanah perkuburan masyarakat Cina di Selangor pada masa sekarang dan adakah kerajaan akan menetapkan supaya pewartaan tanah-tanah perkuburan untuk masyarakat ini dijalankan dengan proaktif dan efisien?

    Jadual berikut menunjukkan taburan jumlah keluasan tapak perkuburan Cina (awam) mengikut PBT;

          Keluasan Tapak Jirat
      Keluasan Tapak
    PBT Cina Yang Diwartakan
    Jirat Cina (hek)
      (hek)
     
    1. MBSA 69.6 13.78
    2. MBPJ 8.09
    3. MPSJ 8.27 4.12
    4. MPSpg 20.27 18.71
    5. MPKjg 47.28 28.14
    6. MPAJ 14.87
    7. MPK 38.17 38.17
    8. MPS 64.66 11.54
    9. MDKS 23.89 20.20
            10.    MDKL 36.86 35.21
            11.    MDHS 78.61 50.52
            12.    MDSB 4.65 2.95
    JUMLAH   415.22   223.34

    Sumber: Kajian Inventori Tanah Perkuburan Sehingga Disember 2010 di Negeri

    Selangor

  3. Apakah status permohonan pewartaan tanah perkuburan untuk Petaling Jaya Chinese Cemetery Association (PJCCA) di Kampung Tunku (Nombor fail PTDP: PTDP08/40/PB01/08/122008)?

    Untuk tindakan PTD Petaling

Lampiran

Tiada Lampiran.