Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
243) PEMBANGUNAN TANAH OLEH PKNS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Hampir kebanyakan projek pembangunan tanah di Kota Damansara terletak di bawah PKNS. Berapakah jumlah tanah yang ada di Kota Damansara di bawah PKNS?
Jumlah tanah yang ada di Kota Damansara di bawah PKNS adalah seluas 3,925 ekar.
-
Apakah projek pembangunan yang diperuntukkan di Kota Damansara?
Komponen Pembangunan yang diperuntukan di Kota Damansara adalah seperti berikut:
Kategori Keluasan (ekar) Peratus Perumahan 1576.50 40.16 Perniagaan 143.32 3.65 Institusi 123.55 3.14 Perindustrian 780.84 19.90 Rekreasi 1000.75 25.50 Prasarana 300.30 7.65 Jumlah Keseluruhan 3925.26 100.00 -
Adakah semua ini dibangunkan dengan usaha sama; DAN apakah syarat-syaratnya?
Kota Damansara dimajukan sepenuhnya oleh PKNS. Hanya sebahagian kecil sahaja dimajukan oleh usaha sama dan penswastaan. Daripada jumlah keseluruhan 20% telah dibangunkan melalui projek usaha sama sementara projek penswastaan pula hanya 10% daripada keseluruhan kawasan. Kawasan-kawasan yang dimajukan secara penswastaan adalah kawasan yang sukar dimajukan seperti keadaan tanah yang memerlukan infra yang tinggi, kawasan yang dipenuhi setinggan serta lokasi yang tidak strategik.