Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

37) PEMBANGUNAN TANAH KERAJAAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada usaha dan langkah yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam pemberian tanah kerajaan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah khususnya lot rumah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor setakat ini telah melaksanakan dasar pemberimilikan tanah mengikut pekeliling-pekeliling sedia ada. Sehingga kini Kerajaan Negeri telah mengeluarkan pekeliling-pekeliling seperti Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor Bilangan 6 Tahun 2011, “Garis Panduan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bangunan Kediaman Persendirian di Negeri Selangor” dan juga Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 3 Tahun 2020, “Dasar Baharu Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Negeri Selangor” untuk dijadikan panduan dalam pemberimilikan tanah Kerajaan di Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.