Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

284) PEMBANGUNAN TANAH DI DUN SEMENYIH YANG BELUM MENDAPAT KELULUSAN MERANCANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah projek pembangunan di DUN Semenyih yang dihentikan kerana ketiadaan Kebenaran Merancang pada 2013 dan 2014

    Sebanyak 3 notis Berhenti kerja di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Akta 172) dikeluarkan di kawasan DUN Semenyih pada tahun 2014

  2. Apakah tindakan MPKj terhadap pemaju yang membangunkan sesuatu kawasan tanpa kelulusan itu dan berapakah jumlah denda atau saman yang dikenakan?

    Denda maksimum RM100,000.00 atau penjara tidak melebih 6 bulan dikenakan bawah Akta 172. (Tindakan MPKj akan meminta pemaju memulihkan tapak sepertimana keadaan asal, mengemukakan permohonan kebenaran merancang untuk pertimbangan atau dibawa kehukuman mahkamah)

Lampiran

Tiada Lampiran.