Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
126) PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang telah dibangunkan mengikut daerah untuk tempoh 2013-2015.
Jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang telah dibangunkan mengikut daerah untuk tempoh 2013-2015 adalah seluas 450 ekar dan butirannya seperti di Lampiran A.
-
Senaraikan jumlah keluasan tanah rizab Melayu sehingga 2015 mengikut daerah.
Jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) sehingga 2015 mengikut daerah dikemukakan di Lampiran B.