Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

134) PEMBANGUNAN TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan keseluruhan kawasan pembangunan penempatan di seluruh Selangor?

    Berdasarkan draf kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, kawasan petempatan adalah dalam kategori tepubina yang juga meliputi gunatanah perbandaran yang lain seperti kediaman, industri, perniagaan dan kemudahan. Keluasan semasa keseluruhan kawasan tepubina adalah seluas 208,264.81 hektar iaitu kira-kira 26 peratus (%) daripada keluasan keseluruhan negeri Selangor. Tumpuan guna tanah tepubina adalah di daerah Petaling adalah

    21.63 peratus (%), diikuti oleh daerah Sepang adalah 13.66 peratus (%), daerah Hulu Langat adalah 13.60 peratus (%) dan Klang adalah 13.01 peratus (%). Daerah-daerah ini adalah sebahagian daripada Pusat Pertumbuhan Utama berdasarkan potensi dan peranan dalam memacu pertumbuhan fizikal dan ekonomi negeri Selangor. Daerah-daerah ini akan terus menjadi tumpuan pembangunan selaras dengan matlamat pertumbuhan mampan untuk mencapai kedudukan 20 tempat teratas bandar raya yang mempunyai ekonomi mampan. Secara amnya, semua daerah mengalami pertambahan keluasan kawasan tepubina. Di dalam tempoh 2002 – 2012, keluasan guna tanah tepubina telah bertambah sebanyak 26,208.94 hektar, dengan Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan (KPPT) 1.71% setahun.

  2. Bagi mengelakkan perancangan pembangunan yang tidak menyeluruh, adakah kerajaan bercadang untuk mengetatkan atau meminumkan jumlah keluasan tanah yang ingin dibangunkan?

    Bagi memandu arah perancangan dan pembangunan fizikal di negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor sedang menyediakan kajian draf Rancangan Struktur Negeri Selangor sehingga tahun unjuran 2035. Menurut penemuan daripada kajian yang telah dijalankan ini, perancangan gunatanah di Selangor harus dirancang secara holistik, optimum dan mampan. Di dalam konteks ini, matlamat pembangunan adalah untuk memastikan pembangunan fizikal Negeri Selangor dapat diuruskan secara teratur dengan mengambilkira keperluan mengimbangi pembangunan perbandaran dan keperluan pemeliharaan alam sekitar dan sumberjaya semulajadi. Bagi maksud itu, Kerajaan negeri Selangor pada tahun

     

    2035 juga telah mengenalpasti beberapa fokus utama dalam perancangan gunatanah yang harus diberi tumpuan seperti berikut;

     

    • Penumpuan pembangunan industri keberhasilan tinggi, industri berasaskan pengetahuan dan ‘clean industry’;
    • Pembangunan fizikal yang memberi penekanan kepada penggunaan tanah yang efektif dan optimum;
    • Pembangunan perbandaran yang harmoni dan mampu mengurangkan impak pemanasan global dan masyarakat rendah karbon;
    • Pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi dan pemeliharaan warisan;
    • Tahap kemudahsampaian dan kemudahgerakan yang tinggi, selamat dan selesa; dan
    • Pembangunan perbandaran yang bersepadu dan

     

    Di samping itu, di peringkat PBT pula, Rancangan Tempatan yang telah disediakan merupakan instrumen perancangan gunatanah yang sangat penting bagi mengawal perancangan gunatanah secara terperinci. Penyediaan Rancangan Tempatan juga turut mengambilkira faktor-faktor persekitaran, potensi kawasan, halangan dan pembangunan ekonomi setempat.

  3. Berapakah keluasan pembangunan pertanian komersial di Selangor?

    Secara ringkasnya, sub-sektor tanaman boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis tanaman, iaitu kelapa sawit, getah, padi dan tanaman. Pada tahun 2012, terdapat kira-kira 315,423.53 hektar tanah pertanian, iaitu sebanyak 40% daripada jumlah keluasan Negeri Selangor telah diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman, yang didominasi oleh tanaman kelapa sawit (200,637 hektar atau 63.6% daripada jumlah tanah pertanian negeri). Walau bagaimanapun, perlu mendapat pengesahan lanjut daripada Jabatan

Lampiran

Tiada Lampiran.