Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

199) PEMBANGUNAN TANAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan pelan penggunaan tanah kawasan mengikut setiap daerah.

    Pelan penggunaan tanah kawasan mengikut setiap daerah adalah merujuk kepada pelan pengezonan atau pun dengan izin ‘zoning plan’ yang telah disediakan di dalam Rancangan-rancangan Tempatan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Daerah dan telah diwartakan oleh Kerajaan

     

    Kerajaan Negeri telah pun menyediakan tiga belas (13) Rancangan Tempatan yang telah diwartakan mengikut PBT / Daerah dan boleh disemak di semua pejabat PBT dan di pejabat Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor seperti Jadual 1 berikut :

     

    Jadual 1 : Senarai Rancangan Tempatan Mengikut PBT Dan Daerah

     

     

    Bil

     

    Senarai Rancangan Tempatan

    Pihak Berkuasa Tempatan Tarikh Kelulusan MMKN
    1. Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 3) 2020  

    MBSA

     

    6.1.2016

    2. Rancangan  Tempatan    Petaling  Jaya   1 (Pengubahan 1) 2020  

    MBPJ

     

    16.5.2007

    3. Rancangan   Tempatan    Petaling   Jaya    2 (RTPJ 2) 2020  

    MBPJ

     

    11.8.2010

    4. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 2) 2020  

    MPK

     

    24.2.2016

    5. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran

    Ampang Jaya (Pengubahan 1) 2020

    MPAJ 17.10.2012

     

    6. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (Pengubahan 1) 2020  

    MPSJ

    20.2.2013
    7. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang (Pengubahan 2) 2020  

    MPKJ

     

    7.1.2015

    8. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang (Pengubahan 3) 2020  

    MPSELAYANG

     

    10.9.2014

    9. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang (Pengubahan 2) 2020  

    MPSEPANG

     

    9.10.2013

    10 Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor 2025  

    MDKS

     

    25.2.2015

    11 Rancangan     Tempatan      Kuala     Langat (Pengubahan 2) 2020  

    MDKL

     

    8.1.2014

    12. Rancangan     Tempatan      Daerah      Hulu Selangor 2020 (Pengubahan 2)  

    MDHS

     

    16.12.2015

    13. Rancangan     Tempatan     Majlis     Daerah Sabak Bernam 2025  

    MDSB

    8.7.2015

    * Sumber : Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor

     

  2. Berapakah jumlah keluasan tanah pertanian terbiar di Selangor?

    Berdasarkan data yang dikemukakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor, jumlah keluasan tanah pertanian terbiar di Negeri Selangor adalah seluas 7,159.36 hektar dan pecahannya mengikut daerah adalah seperti di Lampiran 

    LAMPIRAN A

     

    JUMLAH KELUASAN TANAH PERTANIAN TERBIAR DI NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH

     

    BIL. DAERAH BILANGAN

    LOT

    KELUASAN (HEKTAR)
    1. Hulu Langat 403 560.83
    2. Hulu Selangor 1,082 1,854.49
    3. Gombak 247 512.03
    4. Sabak Bernam 157 172.87
    5. Kuala Selangor 95 1,814.65
    6. Kuala Langat 157 1,102.47
    7. Petaling 146 329.46
    8. Sepang 407 677.27
    9. Klang 130 135.29
    JUMLAH KESELURUHAN 2,824 7,159.36

    Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Selan

  3. Berapakah jumlah keluasan hutan di Selangor?

    Menurut Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, pada masa kini terdapat 70 buah Hutan Simpanan Kekal telah diwartakan di seluruh Negeri Selangor dengan jumlah keluasan lebih kurang 250,129 hektar, atau bersamaan dengan 54% daripada keluasan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.