Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

219) PEMBANGUNAN TAMAN-TAMAN BARU TANPA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional Kerajaan Negeri meluluskan membangunkan taman-taman baru dengan menggunakan nama-nama bukan Bahasa Melayu seperti Hillpark berhampiran Puncak Alam dan Saujana Utama dalam Daerah Kuala Selangor?

    Nama-nama taman bagi pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor telah ditetapkan oleh pihak berkuasa mengikut tema seperti berikut  :-

    • Tanjong Karang – Bertemakan padi
    • Kuala Selangor – Bertemakan sejarah
    • Bestari Jaya – Bertemakan cahaya
    • Ijok – Bertemakan nilai-nilai murni 5)  Sungai Buloh Bertemakan ikan.

    Penggunaan pembangunan Hillpark seperti yang dimaksudkan oleh YB. Jeram digunakan untuk tujuan promosi sahaja oleh pemaju. Bagi tujuan menentukan nama sebenar kawasan pemajuan tersebut, pihak pemaju dikehendaki mengemukakan permohonan nama taman yang merupakan salah satu prosedur yang patut dipatuhi dan perlu mengikut tema yang telah ditetapkan

  2. Adakah pandangan Kerajaan Negeri berhubung penggunaan nama bahasa Inggeris bagi nama-nama taman dan jalan-jalan dalam taman?

    Bagi kelulusan nama-nama taman dan jalan-jalan dalam kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor, pihak Majlis hanya akan mempertimbangkan nama-nama yang menggunakan bahasa Melayu sahaja dengan mengikut panduan dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lampiran

Tiada Lampiran.