Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

188) PEMBANGUNAN TAMAN PERUMAHAN BAGI PENEMPATAN SEMULA PENDUDUK DARUL MUJAHIDIN, KAMPUNG KEBUN BARU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini pembangunan taman perumahan bagi penempatan semula penduduk Darul Mujahidin, Kampung Kebun Baru.

    Pembangunan telah disiapkan sepenuhnya oleh pihak pemaju iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor PKNS. MPKL telah menerima perakuan Siap dan Pematuhan (Borang F) daripada pihak Arkitek bertarikh 24 Oktober 2023, LAM/S/No. 41049.

  2. Bagaimanakah dengan status perpindahan penduduk Perkampungan Darul Mujahidin ke tapak penempatan semula?

    Pihak MPKL telah merujuk kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkaitan status semasa perpindahan. Status semasa adalah seperti berikut :

    i.        Persatuan penduduk Kampung Mujahidin akan menetapkan tarikh bagi mengumpulkan penduduk yang terlibat bagi urusan menandatangani Surat Akuan Sumpah bagi geran ganti. Dijangka akan dilaksanakan pada Februari 2024.

    ii.         Selepas geran ganti dikeluarkan oleh pentabdir tanah, proses serahan hakmilik oleh penduduk dan waris boleh dilaksanakan. Berdasarkan semakan PKNS, masih ada beberapa lagi waris yang belum selesai proses pusaka di kalangan keluarga.

  3. Apakah status pembangunan Sekolah Islam Persendirian di tapak baru?

    Hasil semakan terkini, tapak tanah tersebut adalah merupakan tanah hakmilik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi tujuan bangunan kemasyarakatan (Kompleks Islam) seluas 5.960 ekar. Pada masa yang sama, Unit Pembangunan JAIS telah menerima anggaran kos awalan (AKA) terbaru dari pihak JKR Selangor. Kos asal projek ini adalah sebanyak RM5,700,000.00 dan telah meningkat kepada RM11,768,000.00. Unit Pembangunan JAIS telah menerima ulasan dari Bahagian Pendidikan Islam JAIS yang mencadangkan agar projek ini ditangguh dahulu bagi memberi keutamaan kepada pembinaan Sekolah Agama Negeri yang lebih mendesak dan boleh menyebabkan JAIS diberi kuasa penuh seperti menentukan dasar-dasar guru, ko kurikulum dan pengambilan pelajar.

Lampiran

Tiada Lampiran.