Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
156) PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyuntik dinamisme baru kepada Sungai Klang sebagai sumber ekonomi baru Negeri Selangor?
Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor, kini di dalam fasa terakhir untuk mengezonkan kawasan Pembangunan Selangor Maritime Gateway (SMG) yang berada dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai kawasan pembangunan eksklusif SMG di dalam draf Rancangan Tempatan (RT) 2035 yang meliputi 3 blok pembangunan seperti berikut iaitu:
- Blok 9 – SMG Pulau Indah (seluas kira-kira 6,868 hektar)
- Blok 10 – SMG Pulau-Pulau (seluas kira-kira 12,541 hektar)
- Blok 11 – SMG Sungai Klang (3,371 hektar)
Usaha ini dijalankan bagi memastikan pembangunan fizikal yang akan dilaksanakan terkawal dan mengikut garis panduan yang ditetapkan di dalam RT. Cadangan pengezonan ini juga akan mewujudkan sinergi diantara projek pembangunan SMG dengan pembangunan setempat yang lain dan seterusnya akan mencetuskan kepada penubuhan sebuah kawasan pembanguan ekonomi yang baru atau New Central Economic Region.