Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

27) PEMBANGUNAN SUNGAI KELANG

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Difahamkan keseluruhan pembangunan Sungai Kelang menelan belanja RM 6 bilion. Apakah nama syarikat-syarikat yang terlibat?

    Syarikat-syarikat yang terlibat pada awalnya adalah TSS-MAKO Sdn. Bhd, GJA Engineering Sdn. Bhd., dan konsortium Wessex Water-I Bhd. Sdn. Bhd. Tiga syarikat ini telah dipilih daripada 12 yang menghantar business proposal kepada Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Dari manakah syarikat terbabit mendapat sumber kewangan bagi membuat kajian awal?

    Syarikat-syarikat yang terbabit yang telah membuat kajian awal telah menggunakan sumber kewangan mereka tersendiri untuk melaksanakan kajian tersebut.

     

  3. Bagaimanakah syarikat terbabit akan meneruskan projek ini tanpa perruntukan kerajaan negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti beberapa projek perniagaan/pembangunan yang akan digunakan untuk membiayai Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang. Hasil yang diperoleh daripada projek-projek ini dalam bentuk premium tanah, perkongsian untung, sumbangan dan sebagainya akan digunakan untuk membiayai Projek Sungai Klang. Beberapa projek pembangunan telah disenaraikan untuk menjadi sebahagian daripada skim ini. Projek-projek tersebut ialah:-

    • Projek Pembangunan Taman Keramat AU2 seluas lebih kurang 4 ekar yang di tender kepada umum pada 1 November 2010 – Dijangka memberi pulangan tunai dan bukan tunai sebanyak RM 20 juta untuk Projek Sungai Klang
    • Projek Pembangunan di kawasan Sungai Sering seluas lebih kurang 75 ekar yang telah di tender pada Julai 2010 tetapi akan di tender semula untuk mendapatkan pulangan lebih baik – Dijangka memberi pulangan tunai dan bukan tunai sebanyak RM 150 juta ke atas untuk kerajaan negeri dan Projek Sungai Klang
    • Projek Pembangunan di Seksyen 24, Shah Alam; masih di peringkat kerja-kerja awal – Dijangka memberi pulangan tunai dan bukan tunai sebanyak RM 30 juta ke atas untuk Projek Sungai Klang
    • Projek Khas di I-City, Seksyen 7 Shah Alam; masih di peringkat kerjakerja awal – Dijangka akan memberi impak besar kepada kebersihan Sungai Rasau yang mengalir ke Sungai Klang

    Projek-projek lain sedang dalam proses dikenal pasti. Kerajaan akan mengamalkan sistem tender terbuka terutamanya untuk projek-projek pembangunan bagi memastikan ketelusan.

    Hasil-hasil yang diperoleh daripada projek-projek di atas akan diagihkan untuk kerja-kerja fizikal Projek Sungai Klang. Dijangkakan hasil daripada projek pertama di atas akan diperoleh pada Mac 2010 dan kerja-kerja fizikal akan dilaksanakan pada masa tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.