Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

92) PEMBANGUNAN SUNGAI KELANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berikan lokasi sebenar yang diberi tumpuan baik pulih.

    1. Kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang ialah:-

     

    1. Zon 1 – Kawasan MPK sepanjang 21 km
    2. Zon 2 – Kawasan MBSA, MPSJ dan MBPJ sepanjang 35 km
    • Zon 3 – Kawasan MPAJ sepanjang 24 km

     

    Untuk peringkat awal, fokus kerajaan negeri ialah Zon 1 terlebih dahulu memandangkan Klang memerlukan pembaharuan yang segera.

  2. Berapakah peruntukan yang akan digunakan bagi membaik pulih?

    1. Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang akan mengambil pendekatan ‘Private Funding Initiative’, di mana pihak swasta yang berminat akan menyediakan peruntukan yang sanggup dilaburkan berdasarkan nilai ekonomi yang dapat dijana oleh syarikat-syarikat tersebut. Ini membuatkan sebarang pelaburan yang dibuat adalah ‘feasible’ untuk dilaksanakan dan dapat mengurangkan berlakunya projek-projek ‘Gajah Putih’ akibat daripada pelaksanaan projek yang tidak mempunyai nilai ekonomi yang kukuh atau ‘self sustainable’.
  3. Apakah pulangan yang dijangka didapati Kerajaan Negeri dari projek baik pulih?

    1. Hasil daripada sistem ekonomi rakyat adalah melalui pelaburan-pelaburan dari dalam dan luar negara, menjana peluang pekerjaan kepada rakyat dan juga meningkatkan nilai hartanah di kawasan-kawasan sekitar sungai yang sebelum ini  mempunyai  nilai  hartanah yang rendah akibat daripada pencemaran. Kesemua ini akan juga  meningkatkan hasil kepada Kerajaan Negeri untuk diagihkan  semula  kepada  masyarakat melalui program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan juga program-program kemasyarakatan yang

Lampiran

Tiada Lampiran.