Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
67) PEMBANGUNAN SUKAN PAPAN LUNCUR DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam membangunkan sukan papan luncur?
Sukan papan luncur (Skateboard) merupakan sukan yang dikategorikan sebagai Sukan MASSA (Sukan Untuk Semua). Ianya bukan jenis sukan tumpuan utama atau sukan berpretasi tinggi di negeri Selangor mahupun di peringkat kebangsaan. Sukan ini lebih kepada berbentuk sukan rekreasi dan tiada program khusus yang melibatkan program pembangunan.
Untuk kejohanan-kejohanan besar seperti Sukan Sea mahupun Sukan Asia Majlis Sukan Negara Malaysia telah meletakan sukan ini di dalam kategori C. Dimana semua peruntukan ataupun pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh Persatuan Sukan Kebangsaan bagi menyertai kejohanan. Berbanding sukan-sukan yang dikategorikan di peringkat A (Sepenuhnya di tanggung oleh Majlis Sukan Negara / Majlis Olimpik Malaysia) manakala kategori B ( Sebahagian di tanggung oleh Majlis Sukan Negara / Majlis Olimpik Malaysia dan sebahagian lagi oleh Persatuan Sukan Kebangsaan).
Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong perkembangan dan penggiat-penggiat sukan tersebut dengan menyediakan dan menaik taraf kemudahan sukan ini dibeberapa lokasi yang mempunyai permintaan yang tinggi.
-
Berapakah lokasi kemudahan gelanggang papan luncur yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan boleh nyatakan di mana?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah membina dan menaik tarif kemudahan bagi penggunaan peminat serta penggiat sukan ini. Antara lokasi yang mempunyai kemudahan gelanggang papan luncur yang disediakan adalah seperti berikut :-