Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
113) PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa bilangan atlet yang berjaya masuk dalam program pembangunan sukan Negeri Selangor dan berapa kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan?
Program Pembangunan Sukan di Negeri Selangor bermula di peringkat daerah melalui Program Bakat. Program Bakat yang diwujudkan bagi mencungkil bakat-bakat sukan tertentu di peringkat daerah. Melalui program ini, atlet-atlet yang telah mencapai tahap pencapaian prestasi yang ditetapkan akan memalui ke Program Pelapis yang akan memberi tumpuan bagi melahirkan atlet prestasi tinggi.
Program Pelapis ini juga akan didedahkan kepada kejohanan yang lebih tinggi seperti kejohanan peringkat kebangsaan atau SUKMA. Apabila atlet itu telah mencapai satu prestasi yang lebih baik, mereka akan diletakkan di Program Elit SUKMA iaitu program yang lebih memfokuskan persediaan atlet untuk mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang merupakan kejohanan sukan berprestij di Negara Malaysia. Sukan Malaysia (SUKMA) adalah satu platform pemiihan untuk para atlet negeri bersaing untuk mendapatkan tempat ke program kebangsaan bagi mewakili negara.
- ELIT
- SUKMA
- PELAPIS NEGERI
- BAKAT DAERAH
Struktur Pembangunan Sukan di Negeri Selangor
Bagi tahun 2019, bilangan atlet di program pembangunan sukan Negeri Selangor adalah seramai 3876 atlet yang terdiri daripada 2708 atlet lelaki dan 1168 atlet wanita. Berikut adalah sukan-sukan yang dibangunkan yang berada dibawah pembangunan sukan Negeri Selangor seperti dilampiran (Bilangan Atlet Program Pembangunan Sukan 2019).
Jumlah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan bagi pembangunan sukan di Negeri Selangor pada tahun 2019 adalah berjumlah RM 2.47 juta.
-
Apa jenis sukan yang diutamakan oleh Kerajaan dalam program ini?
Jenis sukan yang diutamakan oleh Kerajaan Negeri bagi program pembangunan sukan adalah sebanyak 16 jenis sukan teras yang disenaraikan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia. Sukan-sukan tersebut adalah seperti berikut:
Bil Sukan 1. Akuatik (renang & terjun) 2. Badminton 3. Boling Padang 4. Berbasikal 5. Bola Sepak 6. Gimnastik 7. Hoki 8. Olahraga 9. Memanah 10. Menembak 11. Karate Do 12. Pencak Silat 13. Perahu Layar 14. Tenpin Boling 15. Skuash 16. Wushu Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor masih memberi tumpuan pembangunan sukan-sukan yang lain selain sukan-sukan teras memandangkan ianya masih dipertandingkan di peringkat SUKMA sebagai sukan pilihan.
-
Berapa peratus adalah atlet wanita?
Penglibatan atlet wanita adalah seramai 1163 orang daripada keseluruhan atlet dengan kadar keseluruhan berjumlah 30%.