Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

99) PEMBANGUNAN SUKAN DAN EKONOMI DI KALANGAN BELIA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan tindakan yang telah dilaksanakan dan perancangan masa depan kerajaan negeri untuk meningkatkan pembangunan sukan dan ekonomi di kalangan belia di Negeri Selangor.

    Tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pembangunan sukan dan ekonomi di kalangan belia di Negeri Selangor adalah sebagaimana berikut :-

    • Dengan pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa;
    • Dengan menggalakkan badan-badan sukan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan industri sukan;
    • Mempertingkatkan pengeluaran produk dan perkhidmatan sukan untuk penggunaan tempatan dan eksport;
    • Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan sukan melalui penyediaan insentif yang sesuai;
    • Mempertingkatkan pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan sukan tempatan dan;
    • Mempertingkatkan pelancongan sukan melalui lebih banyak penganjuran acara di peringkat antarabangsa.

    Perancangan masa depan negeri dalam meningkatkan pembangunan sukan dan ekonomi di kalangan belia di Negeri Selangor iaitu dengan usaha Kerajaan untuk meletakkan sukan sebagai industri yang berperanan dalam memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi di samping menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Perancangan pertumbuhan sektor industri yang relevan dalam bidang sukan secara komprehensif dan menyeluruh termasuk aktiviti mengkomersialkan produk dan perkhidmatan, menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya, mewujudkan peluang pekerjaan, memperkasakan bidang sukan bagi tujuan menjana pendapatan dan memberi pulangan kepada pelaburan dalam bidang ini. Perkembangan industri sukan akan dapat mengubah pendekatan sukan tidak akan hanya bergantung kepada bantuan dan sokongan Kerajaan semata-mata.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.