Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
45) PEMBANGUNAN SUKAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan berapa peruntukan yang telah digunakan untuk infrastruktur sukan di Selangor pada tahun 2020-2023.
Kerajaan Negeri telah mula menjalankan program membaikpulih, menaiktaraf dan membina baru infrastruktur sukan sejak tahun 2021 dengan peruntukan berjumlah RM2,240,000.00/setahun untuk seluruh Negeri Selangor.
Sejak program ini dijalankan pada tahun 2021 sehingga 2023, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM5,137,936.49 yang melibatkan 75 buah projek. Senarai projek rujuk lampiran 1.
Bil Tahun
Bilangan Projek Kos Projek (RM)
1 2021
28 1,134,182.80
2 2022
27 1,576,729.20
3 2023
20 1,936,154.00
Jumlah Keseluruhan
75 5,137,936.49
-
Apakah tindakan yang kerajaan akan mengambil untuk memupuk aktiviti sukan supaya rakyat Selangor mengamal kehidupan yang sihat?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Stanco Belia dan Sukan sentiasa mengambil berat pelaksanaan sebarang aktiviti sukan dan rekreasi dikalangan rakyat dinegeri Selangor. Aktivti sukan dan rekreasi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, namun ianya juga memberi manfaat kepada kesihatan mental.
Antara agensi – agensi kerajaan yang aktif menganjurkan program – program sukan dan rekreasi ini adalah seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Sukan Negeri Selangor, Jabatan Belia dan Sukan, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga agensi – agensi swasta yang menawarkan perkhidmatan sukan dan rekreasi. Agensi – agensi ini sentiasa menjalankan & mempromosi aktiviti sukan untuk rakyat seperti Fun Ride, Fun Run, senamrobik, program-program seperti Hari Sukan Negara dan lain – lain lagi aktiviti sukan yang sesuai untuk semua golongan masyarakat.
Selain itu juga, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyediakan taman – taman awam untuk aktiviti sukan dan rekreasi seperti trek jogging, trek berbasikal, padang – padang atau lapangan untuk aktiviti beriadah. Terdapat juga pihak PBT menjadikan kompleks sukan mahupun stadium untuk dijadikan tempat menjalani aktiviti sukan dan rekreasi.
Antara cadangan dan tindakan Kerajaan Negeri dalam merakyatkan aktiviti sukan pada masa akan datang adalah dengan cara:
- Tawaran / inisiatif penggunaan infra Sukan & rekreasi
- Menyediakan geran sokongan sukan & Rekreasi kepada NGO dalam aktiviti sukan & rekreasi.
- Inisiatif rebat pembelian barangan sukan
Melantik Ikon sukan negeri dalam menarik minat rakyat melibatkan diri dalam aktiviti sukan.