Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
349) PEMBANGUNAN STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang telah dipanggil oleh Kerajaan melalui proses saringan rakan kongsi (public-private partnership) bagi projek pembangunan Stadium Shah Alam. Nyatakan butiran tawaran terperinci syarikat-syarikat tersebut.
Daripada lima belas (15) syarikat yang telah memberi cadangan pembangunan sejak 2013, enam (6) syarikat yang berkemampuan telah di senarai pendek dan dijemput untuk mengambil bahagian dalam RFP. Tiga (3) syarikat telah mengemukakan cadangan atas tawaran RFP yang dikeluarkan. Butiran terperinci tawaran setiap syarikat yang dimohon adalah maklumat sulit dan sebarang pendedahan adalah tertakluk kepada terma kerahsian proses RFP.
-
Senaraikan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang akan diswastakan secara ‘land swap' dengan syarikat MRCB bagi tujuan pembangunan Stadium Shah Alam. Berapakah nilai semasa tanah-tanah tersebut?
Untuk makluman, Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam sedang dalam peringkat akhir rekabentuk dan perancangan. Setakat 31 Oktober 2023 sebanyak 4 siri perbicangan bersama MBSA telah diadakan untuk persediaan permohonan Kebenaran Merancang (KM). Pembiayaan Kos pembangunan KSSA akan dimuktamadkan. Justeru itu mekanisma timbalbalik melalui kaedah-kaedah yang sesuai akan diperincikan dengan teliti. Pertimbangan mekanisma timbalbalik ini akan mengambil kira nilai yang setara (“equal & fair value”) supaya kemudahan yang disediakan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.