Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

186) PEMBANGUNAN STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah terdapat perbezaan dalam spesifikasi tender pembangunan semula Stadium Shah Alam yang tertera dalam RFP MBI untuk tidak melaksanakan ‘land swap' berbanding keputusan kerajaan baru-baru ini yang meluluskan pelaksanaan ‘land swap' yang setara dengan kos projek bernilai RM3.28 bilion?

    Untuk mengekalkan pembangunan yang lestari dan mampan, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk membangunkan keseluruhan tapak KSSA sebagai kawasan sukan dan rekreasi bagi mencapai penggunaan yang optimum untuk memenuhi keperluan pemegang taruh yang terlibat. Untuk itu pembangunan KSSA akan memperuntukkan lebih kurang 60% sebagai Kawasan hijau dan rekreasi.

     

    Pembiayaan kos pembangunan KSSA akan dimuktamadkan. Justeru itu mekanisma timbalbalik melalui kaedah-kaedah yang sesuai akan diperincikan dengan teliti. Pertimbangan mekanisma timbalbalik ini akan mengambil kira nilai yang setara (“equal & fair value”) supaya kemudahan yang disediakan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.