Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
267) PEMBANGUNAN STADIUM E-SPORTS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah garis masa yang ditetapkan untuk perancangan pembangunan Stadium E-Sports di Selangor?
Kerajaan Negeri sangat komitmen dan menyokong penuh kepada apa juga pembangunan sukan yang dijalankan oleh semua pihak di Negeri Selangor. Sukan E-Sports atau sinonimnya sebagai cybergames telah mula berkembang di Selangor sejak tahun 2014. Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan E-Sports Selangor telah menjadi pelopor kepada pembangunan E-Sports di Malaysia.
Justeru itu, dalam belanjawan 2025 Kerajaan Negeri telah memperuntukan dana berjumlah RM1,000,000.00 untuk rancangan pembangunan industri E-Sports di Negeri Selangor. Buat masa ini Kerajaan Negeri belum mempunyai garis masa yang spesifik untuk pembangunan Stadium E-Sports tersebut.
-
Adakah penaiktarafan Hotel Carlton kepada Stadium E-Sports ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri atau bakal melibatkan dana dari inisiatif pendanaan swasta?
Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau dikenali sebagai MBI akan menyediakan pelan pembangunan bagi proses membaikpulih bangunan Hotel Carlton Seksyen 13, Shah Alam untuk pembangunan Stadium E-Sport di Negeri Selangor.
Peruntukan RM1,000,000.00 yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri tersebut akan disalurkan mengikut tahap keperluan proses baikpulih dan pengubahsuaian Hotel Carlton berkenaan. Sehingga kini kos sebenar bagi baikpulih dan pengubahsuaian Hotal Carlton masih belum dimuktamadkan. Sekiranya peruntukan tersebut tidak mencukupi Kerajaan Negeri akan menyemak dan meneliti semula kos pembangunan Stadium E-Sport tersebut dan akan menyemak keperluan untuk melibatkan inisiatif dari pihak swasta dalam pembangunan tersebut.