Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
270) PEMBANGUNAN SJKC DAN SJKT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan berapa tanah dan keluasan tanah yang telah diwartakan untuk kegunaan SJKC dan SJKT sejak 2008 hingga 2019?
Sebanyak 11 tapak yang telah diluluskan untuk tujuan SJKC dengan keluasan keseluruhan 44,535.576 meter persegi dan 12 tapak yang telah diluluskan untuk tujuan SJKT dengan keluasan keseluruhan 188,938.13 meter persegi sepanjang tahun 2008 hingga 2019.
Perincian pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:-
Daerah Jenis Sekolah SJKC SJKT Petaling – 4 – 65,541.671 mp Klang 3 3 30,762.576 mp 47,150 mp Kuala Selangor – 2 – 26,190 mp Hulu Selangor 1 2 1,617 mp 28,906.459 mp Sepang – 1 – 21,150 mp Kuala Langat 1 – 12,156 mp – -
Sila nyatakan sekolah yang telah memohon tanah yang telah diluluskan dan belum diluluskan.
Senarai sekolah yang telah mendapat kelulusan dan status pewartaan seperti berikut:-
Daerah Nama Sekolah Tarikh kelulusan
Status warta Petaling SJKT Effingham 16.11.2015 WKN No.2688/2016 SJKT Castlefield 26.4.2016 WKN No.3812/2016 SJKT Ladang Midlands 9.8.2018 Dalam proses SJKT Glenmarie 3.4.2019 Dalam proses Klang SJKT Ladang Highland 30.11.2013 WKN No.398/2014 SJKT Emarald 30.11.2013 WKN No.398/2014 SJKT Vallambrosa 30.11.2013 WKN No.398/2014 SJKC Khe Beng 5.7.2014 Dalam proses SJKC Hwa Lien 5.9.2017 Dalam proses SMJK Chung Hwa 16.3.2018 WKN No.2523/2014 Kuala Selangor SJKT Ladang Sungai Rambai 16.3.2014 WKN No.182/2015 SJKT Ladang Coalfields 26.4.2016 WKN No.2653/2016 Hulu Selangor SJKT Bukit Beruntung 29.6.2013 Dalam proses SJKT Ladang Escort 16.2.2016 Dalam proses SJKC Kerling 31.1.2019 WKN No.2163/2019 Sepang SJKT Bandar Baru Salak Tinggi 29.6.2013 WKN No.2400/2017 Kuala Langat SJKC Tiong Nam 26.4.2016 WKN No.3981454/2017 -
Apakah masalah permohonan yang tidak dapat kelulusan?
Berdasarkan Seksyen 42 Kanun Tanah Negara (KTN), salah satu kaedah melupuskan Tanah Kerajaan adalah melalui perizaban tanah di bawah Seksyen 62 KTN. Perizaban tanah bagi tujuan sekolah jenis kebangsaan perlu dimohon oleh Lembaga Pengelola dan perlu mendapatkan ulasan daripada Jabatan Teknikal seperti Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen yang lengkap mengikut senarai semak dan penolakan akan dilaksanakan sekiranya terdapat bantahan awam ataupun ulasan Jabatan Teknikal yang tidak menyokong.