Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
66) PEMBANGUNAN SERANTAU BERSEPADU SELATAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pelaksanaan insentif IDRISS?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil.17/2024 bertarikh 7 Jun 2024 telah meluluskan penambahbaikan insentif bagi Pembangunan IDRISS dan surat pekeliling bagi perlaksanaan insentif akan diedarkan kepada jabatan – jabatan teknikal yang berkaitan dijangkakan pada minggu ketiga bulan November 2024.
-
Bagaimanakah IDRISS dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan selatan Selangor dan apakah sektor-sektor yang mendapat manfaat langsung daripada pembangunan ini?
Dalam pembangunan IDRISS melibatkan cadangan pembangunan hartanah bagi tujuan aktiviti perindustrian, komersil, industri perkhidmatan, pelancongan dan aktiviti perkhidmatan berkaitan Pelabuhan. Pembangunan IDRISS yang berkeluasan 15,585.56 ekar yang melibatkan 9 projek yang aktif ketika ini dijangka akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan Selatan Selangor apabila projek – projek yang dirancang dilaksanakan kelak.
Antara sektor – sektor yang mendapat manfaat langsung daripada pembangunan ini adalah seperti industri Elektrik & Elektronik, perkhidmatan pergudangan, industri farmaseutikal, industri pembuatan makanan, industri pembuatan mesin dan peralatan, industri aeroangkasa dan lain – lain.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur asing menyertai IDRISS?
Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur asing menyertai IDRISS adalah melalui pelaksanaan program Selangor Investment & Industrial Park Expo (SPARK) 2024, promosi melalui misi lawatan pelaburan ke luar negara dan penerbitan bahan promosi dalam media cetak mahupun elektronik.
Bagi menyediakan pakej pelaburan yang menarik untuk menggalakkan penglibatan pelabur dalam IDRISS, Kerajaan Negeri turut menyediakan insentif kepada pemaju dan juga pelabur dalam pembangunan IDRISS. Antara insentif yang ditawarkan seperti;-
- Insentif Skim Premium Khas;
- Bayaran Ansuran Caj Pemajuan Tanpa Faedah
- Insentif Potongan 50% (Diskaun) Pada Kadar Cukai Yang Ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi tanah kosong dan bangunan kosong bagi tempoh 3 tahun.
- Insentif Pengecualian Bayaran Lesen Perniagaan bagi tempoh 5 tahun.