Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
233) PEMBANGUNAN SENI DAN BUDAYA DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan untuk memajukan aktiviti Seni dan Budaya di Negeri Selangor?
Bagi soalan (a) dan (b), Seksyen Sektoral, UPEN tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti pembangunan kebudayaan. Namun, sekiranya terdapat permohonan untuk pelaksanaan program-program kebudayaan, permohonan berkenaan akan dipertimbangkan untuk pelaksanaannya.
-
Senaraikan aktiviti Seni dan Budaya yang sedang dilaksanakan
Sama seperti di SUB (a)
-
Berapakah peruntukan setahun untuk aktiviti ini.
Jumlah peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM500,000.00 bagi tahun 2014.