Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
4) PEMBANGUNAN SEMULA KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM (KSAS)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSAS) telah mendapat Kebenaran Merancang (KM)? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Status Pembangunan KSSA ini adalah dalam peringkat perbincangan terperinci komponen-komponen dan susun atur pembangunan. Setelah komponen, susun atur dan komersial dipersetujui, pihak pemaju akan dilantik secara rasmi.
Pihak pemaju seterusnya akan mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) kepada pihak berkuasa tempatan.
-
Nyatakan keluasan tanah dan lokasi yang akan diberikan kepada pemaju yang melaksanakan Pembangunan Semula KSAS.
Pembangunan semula KSSA melibatkan keluasan seluas 171.816 ekar.