Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
205) PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN JETI NELAYAN TANJUNG SEPAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bersedia memperuntukkan sejumlah kewangan bagi pembangunan tapak untuk membantu peniaga-peniaga di kawasan Jeti Nelayan Tanjung Sepat apabila penyiapan Projek Jeti Nelayan Tanjung Sepat?
Permohonan telah dikemukakan kepada pihak UPEN sebelum ini dan tidak diluluskan seperti didalam surat IPK.Sel.8000/AP/05/70Jld.2(20) bertarikh 17.03.17. Permohonan kedua telah dihantar ke UPEN pada 11.07.17 dan akan menunggu jawapan daripada pihak Kerajaan Negeri.