Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
122) PEMBANGUNAN SEMULA HOTEL DE PALMA
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula Hotel De Palma sebagai antara hotel pilihan para Pelancongan domestik dan antarabangsa serta kekal relevan dalam industri perhotelan?
Berdasarkan perkembangan terkini situasi ekonomi disebabkan pandemik COVID-19, PKNS menyedari satu tindakan afirmatif perlu diambil bagi memulihkan keadaan Anak Syarikat PKNS terutamanya yang terlibat dalam sektor hospitaliti.
PKNS telah merangka Pelan Penstrukturan Semula bermula suku tahun ketiga 2021 sehingga 2024 untuk anak syarikat PKNS termasuklah rangkaian Hotel De Palma. Ini bertepatan dengan Pelan Pemulihan Negara yang dikuatkuasakan mengikut fasa pemulihan.
Cadangan Pelan Penstrukturan Semula anak syarikat ini bertujuan antaranya untuk memastikan kedua-dua hotel tersebut dapat terus bertahan walaupun dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini dengan memastikan kawalan dalaman seperti pendapatan, kos, keuntungan, penggunaan sumber berada di tahap optimum dan kewangan fasiliti dapat diuruskan dengan teratur.