Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
133) PEMBANGUNAN SEMULA EXTREME PARK SEKSYEN 13 SHAH ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan pembangunan semula Extreme Park di Seksyen 13 Shah Alam yang telah banvak berlaku kerosakan dan terbengkalai?
Untuk makluman Y.B. Bukit Malawati, kawasan tapak Extreme Park di Seksyen 13 Shah Alam adalah termasuk dalam komponen pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) di bawah pengurusan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) sejak tahun 2018 hingga kini.
Kerajaan Negeri telah membuat keputusan pada Jun 2021 untuk menubuhkan sebuah entiti, iaitu “Unit Projek Khas” (UPK) di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor yang sedang mengkaji serta memberikan maklumbalas pada Kerajaan Negeri Selangor terhadap cadangan pembangunan dan pembaikan semula keseluruhan KSSA.
Disebabkan tapak Extremme Park tersebut adalah merupakan antara komponen utama dalam pembangunan tersebut, keputusan pembangunan semula atau pun sebaliknya dijangkakan akan hanya dilakukan sebelum Jun 2022 ini, iaitu apabila proses pembaikan dan penaikan taraf dimulakan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi swasta yang terpilih.
-
Apakah perancangan bagi menarik semula minat para belia untuk menjadikan Extreme Park sebagai hub aktiviti sukan Negeri Selangor?
Pada masa ini Extreme Park masih lagi menjadi tumpuan peminat “sukan lasak” secara percuma yang laksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui DEFM.
Namun untuk masa hadapan, jika tapak Extreme Park tersebut diambilalih untuk tujuan pembangunan keseluruhan tapak KSSA, Kerajaan Negeri akan berbincang dengan pihak swasta yang terlibat untuk menyediakan satu sudut khas yang yang lebih sesuai dan lebih menarik untuk menggantikan tapak semasa yang sudah uzur dan memerlukan pembiayaan besar untuk tujuan pembaikan.