Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
242) PEMBANGUNAN SEMULA ASRAMA TUN DR ISMAIL DAN TOH PUAN NORASHIKIN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status projek pembangunan semula di kedua-dua tapak asrama tersebut?
- Pemaju projek usaha sama ini telah pun dilantik pada 5hb Disember 2012 dan Yayasan Selangor di dalam proses menandatangani Perjanjian Pembangunan (Development Agreement)
-
Nyatakan profil syarikat yang melaksanakan projek dan kelayakannya?
- Pemaju ini diterajui oleh seorang tokoh pemaju Bumiputera yang mengendalikan banyak projek pembangunan bernilai tinggi di Kuala Lumpur Pemaju ini dipilih berdasarkan rekod kejayaan projek – projek hartanah yang telah mereka jalankan.
-
Berapakah prospek keuntungan yang bakal diperoleh yayasan dalam jangka masa pendek dan panjang?
- Projek ini akan berjalan selama 5 tahun dan akan menjana Nilai Pembangunan Kasar (GDV) minima RM 1.2 billion. Yayasan Selangor melalui konsep usaha sama bersama pemaju ini dengan pulangan 30% daripada nilai GDV dan YS akan memperolehi sekurang – kurangnya RM 345 juta bersih dalam bentuk tunai dan
Nilai ini akan dijangka terus meningkat mengikut GDV sehingga 2 billion mengikut pasaran semasa sepanjang projek ini berjalan dan dijangka mencecah pulangan sebanyak RM 500juta kepada YS.Dalam jangka masa panjang nilai hartanah ini juga akan terus meningkat seiring pembangunan di sekitar Kg. Pandan.