Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
319) PEMBANGUNAN SEMULA 18 BLOK RUMAH PANGSA PKNS DI KERAMAT AU2 HULU KELANG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah pembangunan semula rumah pangsa yang dijadualkan pada 2010 ini tidak diteruskan?
Pembangunan semula 18 blok rumah pangsa di Keramat AU2 Hulu Klang yang dijadualkan pada 2010 ini tidak dapat diteruskan kerana:-
- PKNS tidak dapat memenuhi syarat perundangan Akta Hakmilik Strata 1985 dimana persetujuan sebulat suara daripada pemilik adalah diperlukan untuk PKNS meneruskan sesuatu cadangan pembangunan semula. Setakat ini PKNS hanya berjaya mendapat sokongan sebanyak 30% sahaja.
- Permintaan pampasan pemilik yang terbaru adalah agak tinggi di mana mereka mahu rumah baru bersaiz 1,000 kaki persegi berbanding tawaran PKNS seluas 850 kaki persegi. Permintaan ini menyebabkan PKNS perlu mengkaji semula viabiliti
-
Apakah melalui PKNS kerajaan akan melaksanakan semula projek ini?
PKNS sebagai agensi pemaju Kerajaan Negeri bersedia meneruskan cadangan pembangunan jika Kerajaan Negeri memberi kepercayaan dan jika kajian viabiliti projek memberi petunjuk yang munasabah .
-
Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan dan PKNS bagi penyertaan pemaju swasta dalam projek ini?
PKNS mempunyai kapasiti untuk melaksanakan projek ini secara dalaman. Bagaimanapun jika ada pihak swasta yang berminat untuk turut serta , PKNS boleh membuat jemputan secara ”Request For Proposal”, di mana pihak swasta tersebut perlu mengemukakan cadangan dan konsep pembangunan dengan bisnes model yang menarik. Dalam pada itu pihak swasta tersebut perlu mempunyai pengalaman sebagai kontraktor dan pemaju serta mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.