Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
301) PEMBANGUNAN SEMUA ASRAMA TUN DR ISMAIL DAN TOH PUAN NORASHIKIN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek tersebut?
PROJEK: Cadangan Pembangunan Bercampur di Atas Lot 544 & 545 Jalan Kampung Pandan, KL
Status Projek: Menunggu keputusan dari Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor untuk meneruskan Projek ini dengan Pemaju yang telah dikenalpasti melalui proses tender terbuka.
Butiran Tawaran oleh Pemaju yang telah dicadangkan:
1. Tempoh siap Projek: 5 Tahun 2. Kos Pembangunan: RM823,276,760.00 3. Nilai Pembangunan Kasar (GDV): RM1,887,868,900.00 4. Pulangan kepada YS (30%): RM566,360,670.00 Mekanisme untuk memastikan kelancaran Projek:
- Semua pelan pembangunan dan pembinaan akan disemak dan perlu mendapat kelulusan dari YS
- Penubuhan JK Teknikal untuk memantau kerja-kerja di tapak bina, terutamanya kelancaran kerja, mutu kerja, mutu kemasan dan keselamatan tapak kerja
- Penubuhan JK Komersial untuk memantau, menyemak dan mengesahkan segala aspek komersial seperti pemasaran, jualan, perjanjian jualbeli (SPA), dan bayaran berjadual kepada YS
- Mesyuarat Koordinasi antara pemaju dan YS akan diadakan segala berkala untuk membincang dan menyelesaikan segala permasalahan Projek
Sekolah Berasrama Penuh YS:
- Projek ini masih di peringkat kajian untuk mengena lpasti perkaraperkara berikut:
- Tapak yang paling sesuai
- Konsep dan format sekolah
- Anggaran kos pembinaan, operasi dan penyelenggaraan
-
Bagaimanakah penyelesaian isu dan bantahan terhadap projek yang wujud?
Sama seperti di SUB (a)
-
Apakah mekanisme untuk memastikan projek ini berjalan lancar?
Sama seperti di SUB (a)