Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
23) PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan Kerajaan Negeri pada tahun 2008?
Setakat ini sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan Kerajaan Negeri pada
tahun 2008 masih belum dikira secara keseluruhannya. Namun begitu, sumbangan
sektor pelancongan kepada pendapatan Kerajaan Negeri secara keseluruhannya dari
tahun 2005 hingga 2007 adalah seperti berikut :
Tahun Pendapatan (RM)
2005 2,776,701,618.60
2006 3,455,732,569.80
2007 3,728,172,462.00 -
Meminta satu pecahan sumbangan ini mengikut jenis-jenis pelancongan
Setakat ini tiada data mengenai pecahan sumbangan mengikut jenis-jenis pelancongan
-
Meminta satu senarai destinasi-destinasi pelancongan di Selangor di mana potensinya masih belum berkembang penuh
Kerajaan Negeri masih mengenalpasti destinasi-destinasi pelancongan di Selangor yang
belum berkembang untuk dinaiktaraf sebagai destinasi pelancongan.