Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

212) PEMBANGUNAN SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DARUL MUJAHIDIN SIJANGKANG

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan projek pembangunan Sekolah Tahfiz Swasta ini?

    Status terkini bagi Sekolah Tahfiz Swasta Darul Mujahidin, Sijangkang adalah masih di peringkat kerja-kerja awalan di mana lawatan tapak telah dijalankan pada 15 Februari 2022 bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor untuk melaksanakan kerja-kerja ukur dan siasatan tanah. Perancangan kerja JKR Selangor adalah seperti berikut:

     

    1. Kerja Siasatan Tanah :           07 Jun 2022
    2. Jangka iklan :           November 2022

Lampiran

Tiada Lampiran.