Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

216) PEMBANGUNAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) MERBAU SEMPAK, SUNGAI BULOH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah projek naik taraf SRA Merbau Sempak ini akan dilaksanakan?

    Buat masa ini tiada perancangan bagi naik taraf/bina baru SRA Merbau Sempak. Walau bagaimanapun, pihak JAIS dalam proses untuk mewartakan tanah lapang/kosong berhampiran dengan tapak sekolah ini.

  2. Berapakah jumlah anggaran kos pembinaan sekolah baharu ini?

    Jumlah anggaran kos pembinaan sekolah baharu adalah bergantung kepada jumlah kelas yang diperlukan dan spesifikasi sekolah. Berdasarkan jumlah kelas dan spesifikasi, pihak JKR akan mengemukakan kepada Kerajaan Negeri anggaran kos pembinaan.

  3. Bilakah projek ini dijangka akan dimulakan?

    Kerajaan Negeri tidak boleh lagi membuat sebarang jangkaan bagi pembinaan SRA Merbau Sempak untuk dimulakan, melainkan setelah proses pemilihan pembinaan sekolah-sekolah agama JAIS mengikut keutamaan dibuat oleh pihak kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.