Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
125) PEMBANGUNAN PUSAT PENYEMBELIHAN UNGGAS
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini pembangunan pusat penyembelihan unggas di kawasan sekendi, sabak bernam yang ingin dibangunkan oleh pihak PBT?
Pihak JKR Selangor dalam proses menyediakan dokumen untuk sebut harga bagi tujuan pembangunan pusat penyembelihan halal tersebut.
-
Nyatakan kos anggaran pembangunan pusat tersebut?
Jabatan Perkhidmatan Vaterina (JPV) menganggarkan kos bagi pembangunan pusat tersebut berjumlah RM1 juta.
-
Apakah jaminan kerajaan negeri supaya pencemaran bau dan kebersihan untuk kawasan tersebut?
Jabatan Perkhidmatan Vaterina (JPV) akan melaksanakan SOP Standard bagi tujuan tersebut.