Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

3) PEMBANGUNAN PUSAT PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek-projek pusat pelancongan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri bersama dengan kos masing-masing.

    Kerajaan Negeri Selangor telah memilih tahun 2015 sebagai Tahun Melawat Selangor dan program ini dijangka akan merancakkan lagi industri pelancongan di negeri Selangor dan dapat meningkatkan lagi pendapatan kepada semua pemain industri sekaligus meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Selangor .

    Sehubungan dengan itu penganjuran Tahun Melawat Selangor 2015 adalah dibawah seliaan dan pentadbiran Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Puan Elizabeth Wong (UPEN Pihak Berkuasa Tempatan). Selain itu turut menjadi skretariat Tahun Melawat Selangor 2015 ialah Jawatankuasa Pelancongan yang dianggotai Ahli Lembaga Pengarah Tourism Selangor seperti berikut :

    • Yang Berbahagia Datin Jasmine Abdullah Heng
    • Yang Berusaha En Anthony Wong
    • Wakil Pihak Pejabat Menteri besar

     

    Turut  menjadi  jawatankuasa  bersama  ialah  Pengurus  Besar  Tourism  Selangor . Antara lain jawatankuasa ini akan memastikan semua aktiviti, acara dan program yang telah dirancang sebelum ini dijalankan serta memberikan  impak yang baik terhadap industri pelancongan di negeri Selangor . Selain daripada itu skretariat ini juga akan menjadi pengawal kepada penggunaan  semua peruntukan agar ianya  dapat  dibelanjakan secara  berhemat  dan terkawal .

     

    Walau bagaimanapun bagi melancarkan  lagi  pengurusan  dan  perjalanan  Tahun Melawat Selangor 2015 juga  turut  melibatkan  serta  bekerjasama  dengan erat daripada pihak-pihak seperti berikut :

     

    • Kementerian Pelancongan Malaysia
    • Tourism Malaysia
    • Tourism Malaysia Selangor
    • Semua pengusaha produk pelancongan negeri Selangor
    • Agensi pelancongan
    • Pusat membeli belah
    • Restoran
    • Kraftangan
    • Semua NGO pelancongan seperti MATTA, Bumitra, Persatuan Pemandu Pelancongan, MAH, MBHA dan lain-lain

     

    Tourism Selangor turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit yang melibatkan agensi kerajaan mahupun diperingkat swasta . Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Pegawai Perhubungan Pelancongan Pihak Berkuasa Tempatan , Pejabat Daerah , Agensi Kerajaan dan Swasta yang mempunyai keanggotaan seperti berikut :

     

    • Pegawai Pelancongan   /    Komunikasi   Korporat    Pihak                    Berkuasa Tempatan
    • Pegawai Pelancongan / Komunikasi Pejabat Daerah
    • Pegawai Agensi Kerajaan Persekutuan Di Peringkat Negeri Selangor
    • Pegawai Agensi Swasta Yang Lain
  2. Kategorikan projek yang berjaya dan gagal serta perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula projek-projek yang gagal.

    Negeri Selangor kini boleh berbangga dengan produk dan destinasi pelancongannya kerana dengan promosi berterusan yang dilakukan oleh Negeri Selangor melalui agensi pelaksananya iaitu Tourism Selangor mula menampakkan hasil apabila produk dan destinasi pelancongan di Negeri Selangor semakin dikenali dan menjadi pilihan percutian oleh para pelancong dalam dan luar negara.

     

    Pada awal kempen ‘Selangor Shines’ dijalankan, terdapat 10 destinasi pelancongan yang terkenal dan sering menjadi tarikan utama pelancong apabila mereka berkunjung ke Negeri Selangor. Sehingga kini jumlah destinasi tersebut semakin bertambah.

    Berikut adalah 20 destinasi di Negeri Selangor yang popular dikalangan pelancong dari dalam dan luar negara:

     

    Bil Destinasi Pelancongan Daya Tarikan
    1. Sunway Lagoon, Petaling Jaya ·         Teman Tema Air

    ·         ‘One stop centre’ hiburan, membeli-belah,                                            hospital, pendidikan dan lain-lain

    2. Batu Caves, Gombak ·         Perayaan Thaipusam

    ·         Tempat beribadat terbesar bagi masyarakat India

    3. Kelip-Kelip,                                      Kuala Selangor ·         Menyaksikan keindahan hidupan kerdipan kelip-kelip pada waktu malam
    4. Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam ·         Kecantikan dan keunikan seni bina Islam

    ·         Tempat beribadat bagi umat Islam

    ·         Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di  Asia Tenggara

    5. Sepang       Gold       Coast, Sepang ·         Menawarkan                                    pengalaman percutian yang indah dengan tinggal di chalet-chalet di atas air yang menganjur ke Selat Melaka dan binaan chalet yang menyerupai pokok plama (dilihat dari udara) seperti sebuah resort yang terdapat di negara Timur Tengah.
    6. Dong      Zen      Monastery Temple, Kuala Langat ·         Tempat beribadat bagi penganut agama Buddha yang setiap tahun menganjurkan pelbagai aktiviti seperti ‘Pesta Tanglung’ serta mempunyai landskap yang

     

        cantik dan bersih
    7. Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), Kepong ·         Tempat beriadah serta menjadi kunjungan bagi penggemar mahupun pengkaji flora dan fauna serta mempunyai hutan hujan yang tertua di Malaysia
    8. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang ·         Sebuah muzium yang serba indah yang memaparkan sejarah yang amat bernilai mengenai kehidupan dan pemerintahan Institusi Diraja Negeri Selangor.
    9. Bukit      Melawati,               Kuala Selangor ·         Sebuah kota peninggalan kerajaan Melayu Selangor yang menyimpan pelbagai cerita sejarah, misteri dan juga menempatkan makan Diraja Selangor.

    ·         Juga merupakan tempat bagi mencerap anak bulan serta Rumah Api yang dibina pada 1907 dan beroperasi hingga kini bagi pengguna Selat Melaka.

    10. Hutan     Lipur     Kanching, Rawang ·         Merupakan tempat paling popular bagi aktiviti riadah bersama keluarga sambil mandi manda di air terjun yang airnya sejuk dan menyegarkan.
    11. I-City    Shah   Alam,             Shah Alam ·         Menyaksikan                                       keindahan pelbagai lampu LED yang berwarna warni serta aktiviti bermain salji di ‘snow walk’, galeri seni dan permainan taman tema air yang menyeronokkan.
    12. Kidzania,                  Mutiara Damansara ·         Taman tema ‘indoor’ bagi kanak- kanak yang mempunyai pelbagai aktiviti yang mendedahkan mereka kepada kehidupan sebenar apabila mereka dewasa kelak.

     

        ·         Hanya terdapat beberapa buah taman tema seperti ini diseluruh dunia.
    13. Morib Gold Coast, Kuala Langat ·         Sebuah resort yang mempunyai pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga serta sebuah mini taman tema air.
    14. Litar Formula One, Sepang ·         Litar Formula Satu bagi kejohanan lumba motor dan kereta formula satu peringkat antarabangsa dan antara litar yang terbaik di dunia.
    15. Pusat Membeli Belah GM, Klang ·         Pusat membeli belah barangan secara borong yang sangat terkenal.
    16. Genting               Strawberry Leisure Farm, Genting Highlands                 (Dalam sempadan Hulu Selangor) ·         Kebun tanaman buah strawberi yang sangat terkenal dan turut menyajikan pelbagai makanan diperbuat daripada buah strawberi.

    ·         Pengunjung boleh memetik sendiri buah tersebut.

    ·         Serta terdapat juga tanaman sayur, ternakanmadu lebah serta kebun cendawan.

    17. Hutan        Lipur                   Sungai Chongkak, Hulu Langat ·         Sebuah resort yang terletak di dalam hutan semulajadi dan mempunyai chalet untuk disewa.

    ·         Boleh menjalankan aktiviti seperti hari keluarga serta program perkhemahan juga kem motivasi.

    ·         Mempunyai sungai yang bersih serta sesuai untuk mandi manda dan berkelah bersama keluarga mahupun teman-teman.

    18. Jalan      Tengku                Kelana, Klang (Little India) ·         Tempat yang amat popular yang menempatkan pelbagai kedai serta gerai yang menjual pelbagai keperluan bagi

     

        masyarakat India.

    ·         Amat sibuk menjelang perayaan Deepavali.

    19. Homestay Selangor ·         Negeri Selangor mempunyai 15 buah homestay yang berlesen yang menawarkan pengalaman suasana kehidupan kampung yang cantik dan bernilai.
    20. Genting Highlands

    (Dalam                              sempadan pentadbiran                                      Hulu Selangor)

    ·         Sebuah taman tema yang terletak di tanah tinggi yang terkenal diseluruh duina dan menawarkan pelbagai aktiviti

    permainan serta membeli-belah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.