Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

280) PEMBANGUNAN PUSAT BANDAR SHAH ALAM – PKNS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat peluang untuk syarikat SME untuk mempamerkan produk dan servis mereka di pusat pameran perdagangan terbesar negeri bertaraf antarabangsa PKNS?

    Syarikat SME akan mempunyai peluang bagi mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di Pusat Perniagaan Peruncitan yang terletak di dalam Pusat Pameran Perdagangan terbesar Negeri bertaraf antarabangsa yang bakal dibina.

  2. Apakah matlamat pembinaan PKNS Square yang dikatakan memberikan wajah baharu kepada Pusat Bandar Shah Alam?

    Matlamat pembinaan PKNS Square adalah seperti berikut:

    1. Meremajakan Pusat Bandar Shah Alam dengan menaiktaraf bangunan lama dan membina bangunan baru sebagai pusat tumpuan dan aktiviti keluarga serta masyarakat sekitar Shah Alam;
    2. Menyediakan ruang-ruang perniagaan yang lebih teratur dan strategik bagi peniaga-peniaga SME serta merancakkan aktiviti ekonomi khususnya di Pusat Bandar Shah Alam sekaligus menjadi tarikan kepada warga tempatan mahupun luar negara; dan
    3. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan seperti di dalam bidang perhotelan, ‘e-hailing’, pengurusan acara, penghantaran makanan dan lain-lain lagi.
  3. Bila jangkaan akan siap?

    Pembangunan keseluruhan Shah Alam Sentral termasuk PKNS Square adalah secara berfasa dan mengambil masa sehingga 7 tahun bermula daripada Julai 2024 sehingga tahun 2030.

Lampiran

Tiada Lampiran.