Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

415) PEMBANGUNAN PROGRAM-PROGRAM DAKWAH ISLAMIAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengurangkan risiko ketegangan agama akibat kurang kefahaman terhadap agama Islam kepada yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam dibawah portfolio agama?

    Dalam mengurangkan risiko ketegangan agama, kerajaan negeri telah mengambil tindakan

    1. Memberi penjelasan kepada umat Islam bahawa umat Islam perlu bermuamalah dengan penganut agama lain mengikut ajaran dan pendekatan yang telah ditetapkan dalam Islam.
    2. Menganjurkan program bersama dengan ketua dan penganut agama lain bagi mewujudkan kefahaman mereka kepada konsep-konsep dan asas-asas Islam.
  2. Agensi manakah yang memainkan peranan tersebut?

    Agensi yang memainkan peranan adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

  3. Nyatakan program yang telah dilaksanakan.

    Program-program yang telah dilaksanakan :-

    1. Program Iftar Perpaduan
    2. Program Raya Perpaduan
    3. Program Dialog Perpaduan
    4. Kursus Perkaderan Dakwah non Muslim
    5. Street Dakwah
    6. Program Dekati Asli Daerah Hulu Langat
    7. Program Kasih Harmoni Orang Asli Negeri Selangor
    8. Program Jelajah Rentas Rimba (JEJANTAS) Masyarakat Orang Asli
    9. Rehlah Ilmiyyah Masyarakat Orang Asli Selangor/Pahang
    10. Program Tarbiah, Ukhuwah & Mahabbah Orang Asli Negeri Selangor/Perak
    11. Karnival Jalinan Kasih Orang Asli Negeri Selangor
    12. Ramah Mesra bersama Kepimpinan Orang Asli Negeri Selangor
    13. Program Pemutihan Dokumen Pengenalan Diri Orang Asli
    14. Mahabbah Aidilfitri Masyarakat Orang Asli Negeri Selangor
    15. Majlis Anugerah Jalinan Kasih Orang Asli
    16. Ayuh Santuni Asli Daerah-Daerah
    17. Kongsi Barakah Masyarakat Orang Asli
    18. Dialog Harmoni & Smart Insan
    19. Program Face2Face Dakwah Interpersonal

     

Lampiran

Tiada Lampiran.