Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

168) PEMBANGUNAN PERUMAHAN PKNS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Minta kerajaan mengemukakan data terkini tanah-tanah kosong yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sebuah perumahan di sekitar DUN Batu Tiga.

    DUN Batu Tiga berada di dalam kawasan penempatan terancang yang telah dibangunkan dengan kawasan-kawasan perumahan, perniagaan serta perindustrian dan juga kawasan institusi pendidikan yang telah diberimilik. DUN Batu Tiga ini berada di dalam dua (2) daerah iaitu sebahagian besarnya adalah berada di dalam daerah Petaling dan sebahagian kecil berada di dalam daerah Klang. Semakan di dalam daerah Petaling mendapati sudah tiada lagi tanah-tanah kerajaan yang bersesuaian yang boleh diberimilik untuk dibangunkan sebagai sebuah kawasan perumahan terancang. Bagi tujuan sesebuah kawasan perumahan ianya memerlukan kawasan yang luas dengan mengambilkira keperluan untuk menyediakan kawasan lapang, kawasan hijau dan juga tapak utiliti.

Lampiran

Tiada Lampiran.