Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
35) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mempromosikan industri herba Negeri Selangor di luar negara?
PKPS tiada menjalankan promosi diluar negara.
Sebelum Kerajaan Negeri mengadakan promosi industri herba ke luar negara, beberapa
keperluan bagi menyokong industri ini perlu disediakan dahulu. Sebagai contoh,
Kerajaan Negeri perlu menyediakan perkhidmatan ujian klinikal. Fungsi ujian klinikal ini
adalah untuk mengenalpasti bahan aktif dalam produk herba agar produk tersebut dapat
memenuhi piawaian pihak berkuasa luar negara. Contoh agensi yang menyediakan
perkhidmatan berkenaan adalah Institute For Medical Research (IMR) di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. -
Berapakah jumlah perdagangan yang dikenal pasti di dalam industri herba ke luar negara di Negeri Selangor bagi 3 tahun yang lepas?
PKPS tiada menjalankan perdagangan dalam industri herba ke luar negara bagi 3 tahun
yang lepas.
PKPS melalui Premium Bioherbs Sdn. Bhd. iaitu syarikat usahasama Premium Agro
Products (anak syarikat PKPS Agro Ind. Sdn. Bhd.) dan Agrotech Capital Pte. Ltd.
(Konsortium syarikat-syarikat daripada Korea & Singapura) akan mula memasarkan
produk-produknya ke Korea Selatan pada Suku Ke 4 2009 setelah mendapat kelulusan
daripada Korean Food & Drugs Autorities (KFTA). Produk-produk yang akan dipasarkan
adalah:-
Jenis Produk Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Tongkat Ali 225 kg
(RM 5.995 juta)
450 kg
(RM 11.990 juta)
675 kg
(RM 17.985 juta)
Kacip Fatimah 90 kg
(RM 1.539 juta)
180 kg
(RM 3.077 juta)
270 kg
(RM 4.616 juta)
Misai Kucing 90 kg
(RM 0.839 juta)
180 kg
(RM 1.679 juta)
270 kg
(RM 2.518 juta)
Pueraria Mirifica 90 kg
(RM 0.739 juta)
180 kg
(RM 1.479 juta)
270 kg
(RM 2.218 juta)
c) PKPS membantu pengeluar-pengeluar produk herba tempatan dengan:-
i) Menyediakan kilang pemprosesan dan pembungkusan produk makanan
kesihatan dan herba tradisional bertaraf Amalan Perkilangan Baik (GMP – Good
Manufacturing Practice) bagi pengeluar-pengeluar berkenaan mengeluar dan
memasarkan produk siap yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini
kerana semua produk makanan kesihatan dan herba tradisional yang dipasarkan
perlu dikeluarkan oleh kilang yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan
agar tidak memudaratkan pengguna.
ii) Membantu pengeluar-pengeluar berkenaan dalam pengurusan pendaftaran
produk makanan kesihatan dan herba tradisional dengan Biro Pengawalan
Farmasutikal Kebangsaan (BPFK) dan juga pendaftaran untuk pensijilan HALAL
dan JAKIM.
Syarikat yang bertanggungjawab dalam membantu pengeluar-pengeluar produk
tempatan adalah:-
POLENS (M) Sdn. Bhd. yang beralamat di No. 1, Jalan Saham 23/2, Kawasan
MIEL, Fasa 8, Seksyen 23, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
-Membantu pengeluar-pengeluar menyediakan khidmat pembungkusan
termasuk label produk-produk herba dalam bentuk kapsul, tablet dan lain-lain.
-Mempunyai kepakaran untuk menyediakan formulasi produk-produk mengikut
keperluan pelanggan.
PKPS Agro Industries Sdn. Bhd. melalui Premium Bioherbs Sdn. Bhd. yang
beroperasi di Selangor Halal Hub, Pulau Indah, Klang, Selangor
-memberi khidmat pemprosesan dalam bentuk mengekstrak bahan aktif herba
menggunakan teknologi nano untuk kegunaan produk separa lengkap. -
Bagaimanakah kerajaan akan membantu pengeluar-pengeluar produk herba tempatan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di luar negara?