Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

48) PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor berhasrat untuk menjadi antara hab pendidikan terpenting Negara. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang UNISEL dan KUIS untuk memastikan hasrat ini tercapai?

    UNISEL

    Jangka Masa Panjang dan Jangka Masa pendek. 

    1. Meluaskan lagi pengambilan pelajar Pasca Ijazah ‘post graduate’ supaya pelajar ini menjadi tenaga pendidik yang akan memperkukuhkan lagi usaha penyelidikan.
    2. Menambahkan lagi bilangan pelajar melalui jaringan prihatin dengan kolej-kolej yang mengeluarkan Diploma supaya graduan tersebut dapat meneruskan pengajian di peringkat Ijazah di UNISEL. Antaranya ialah:
    • Kolej Eastern, Kota Kinabalu Sabah
    • Kolej Teknologi Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.
    • Kolej Taj Ipoh, Perak
    • Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Georgetown, Pulau Pinang.
    • Mengetengahkan UNISEL dalam Komuniti Saintifik Dunia dengan menganjurkan seminar-seminar bertaraf antarabangsa antaranya ialah Persidangan Akademik Sains Islam Sedunia (Islamic World Academy of

    Sciences – IAS 2009) pada 14 hingga 17 Disember bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam serta IAB-IAS International Symposium 2010 ’Knowledge Society For The Innovation Economy’ yang bakal berlangsung pada 8 hingga 9 Disember 2010 bertempat di SACC Convec Centre, Shah Alam.

    Memperkukuhkan Hubungan UNISEL dengan pelbagai industri :

    Alga Prima Industries Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Selangor (Projek Spirulina)

    • Khidmat Kepakaran
    • Menyalurkan geran sebanyak RM 1Juta
    • Melaksanakan projek

    Khind Minstral Industries Sdn Bhd

    • Cadangan kerjasama penyelidikan dan pembangunan antara fakulti kejuruteraan dan Khind Minstral

     

    Tiong Nam Engineering Sdn Bhd

    • Kerjasama Industries berkaitan pengkomersialan gas asli kepada enjin diesel untuk kenderaan berat.

    Dr. Nik & Associates

    Menjalankan projek pengambilan data & analisis (total        suspended solid). Sebanyak lima (5) projek.

    International Center For Education in Islamic Finance (INCEIF)

    • Menjalinkan hubungan kerjasama bersama INCEIF melalui “MOU” dalam menawarkan perkhususan baru MBA di dalam bidang Kewangan Islam

    (Islamic Finance).

    Institut Latihan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Selangor (ILPBT)

    • Menyediakan latihan-latihan bagi mempertingkatkan kompetensi dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan 350 orang Pegawai Gred A di kesemua 12 PBT Selangor

    KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd

    • KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd merupakan sebuah pusat penyedia latihan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran di dalam bidang Pengurusan Projek (Project Management) dan  Keselamatan & Kesihatan (Safety& Health).
    • UNISEL menjalinkan hubungan kerjasama bersama KLIA melalui “MOU” dalam menawarkan pengkhususan baru MBA di dalam bidang Pengurusan Projek.

    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS)  A. Perancangan Jangka pendek :

    1. Melakukan semakan semula ke atas silibus/kurikulum program pengajian yang ditawarkan selepas 15 tahun penubuhan agar kandungan silibus selaras dengan perkembangan industri dan mampu melahirkan graduan yang lebih berketerampilan, berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi (berfikiran analitikal dan kritikal, berupaya menyelesaikan masalah dan penaakulan), menguasai pelbagai bahasa dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan serta celik teknologi, menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan, dan mampu untuk memberikan sumbang bakti kepada masyarakat, negara dan dunia.
    2. Mewujud dan memperkasa modul pembangunan mahasiswa yang lebih mantap dan komprehensif dalam usaha membina modal insan minda kelas pertama yang mampu menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran Negara.
    3. Meningkatkan sebanyak 30% bilangan pensyarah Phd menjelang
    4. Menambahkan bilangan program Phd dan Master dalam bidangbidang tertentu yang memenuhi pasaran industri pada masa hadapan.
    5. Pembudayaan ‘good human gorvenance’ dalam melahirkan profesional mukmin dalam mencapai al-Falah.
    6. Perancangan Jangka Panjang :
    • Ke arah universiti berdikari (self-funded) menjelang 2015.
    • Mencapai taraf universiti Apex menjelang 2020.
    • Memperkasa proses ta’dib yang berterusan kepada seluruh warga.
  2. Adakah sektor ini menerima pelaburan dan pihak-pihak berminat dan berapakah nilainya setakat ini?

    Adakah sektor ini menerima pelaburan dan pihak-pihak berminat dan berapakah nilainya setakat ini?

    Setakat ini untuk KUIS dan Unisel tiada pelabur yang melabur di kedua-dua IPT tersebut secara terus kepada kedua-dua IPT ini. Namun begitu, di peringkat Kerajaan Negeri kita menggunakan sepenuhnya kepakaran yang terdapat di keduadua IPT ini khususnya di dalam bidang penyelidikan untuk membantu mempertingkatkan kemajuan dan kesejahteraan Negeri Selangor, melalui gerangeran penyelidikan yang telah disalurkan.

  3. Adakah institusi pengajian tinggi milik negeri berkembang selaras dengan perkembangan pesat bidang ini?

    Adakah institusi pengajian tinggi milik negeri berkembang selaras dengan perkembangan pesat bidang ini?

    UNISEL dan KUIS kini berkembang dengan pesat seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Ia diterjemahkan berdasarkan fokus tersebut: 

    UNISEL 

    • UNISEL sentiasa mengikuti perkembangan dari segi ekonomi dan Negara dalam mengenal pasti bidang-bidang kerja yang wujud di masa-masa akan datang. Ini juga akan menjadi kayu ukuran kepada pencapaian UNISEL dalam setiap bidang kursus yang ditawarkan yang harus dikembangkan serta kemungkinan wujud kursus-kursus baru yang harus dilaksanakan supaya memenuhi permintaan tenaga profesional
    • UNISEL juga sentiasa mengambil bahagian dalam setiap bidang penyelidikan yang relevan bagi memenuhi keperluan semasa, industri dan Negara.

    KUIS 

    • KUIS sentiasa memastikan setiap program pengajian yang ditawarkan bersifat ‘market driven’ dan dinamik selaras dengan perkembangan akademik.
    • Pemerkasaan budaya penyelidikan di kalangan warga akademia dalam
    • Jalinan dan integrasi pintar antara kerajaan, industri dan universiti ke arah melahirkan masyarakat yang mendepani zaman.
    • Memastikan KUIS mempunyai akses yang seluas-luasnya kepada setiap golongan masyarakat kepada pendidikan berkualiti yang berterusan.
    • Mempunyai peranan yang kritikal bagi menyediakan landasan ke arah meningkatkan daya saing negara di peringkat global melalui penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti, berkesan, relevan dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada pembelajaran sepanjang hayat.

    Matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai Hab Ilmuwan dan Hab Pendidikan adalah seiring dengan perkembangan ekonomi negara.  Kerajaan Negeri percaya untuk mengekalkan kemajuan yang bakal dicapai, pembangunan modal insan adalah merupakan tunjang utama ke arah mengekalkan segala bentuk kemajuan yang bakal diperolehi. .Untuk ke tahap itu Kerajaan Negeri turut memberi komitmen sepenuhnya untuk memperkasa Pendidikan Tinggi di Negeri Selangor, khususnya di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pengantarabangsaan dan pemerkasaan mahasiswa.

Lampiran

Tiada Lampiran.