Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

32) PEMBANGUNAN PENDAPATAN SETEMPAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tiada tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan sehingga begitu ramai pendatang asing menjalankan perniagaan di premis-premis majlis tempatan?

    PBT sentiasa mengambil tindakan terhadap penyewa premis yang gagal mematuhi perjanjian sewa termasuklah sewa atas sewa. Sekiranya dapat dibuktikan penyewa asal menyerah hak kepada pihak ketiga termasuk pendatang asing. Lesen penyewa asal akan ditarik dandisenaraihitamkan dari menyewa premis PBT pada masa hadapan.

  2. Pendatang tanpa izin menguasai hampir 60% tenaga kerja sektor pertanian. Apakah cadangan Kerajaan untuk memastikan anak muda berminat dalam sektor pertanian bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing?

    Perkembangan sektor pertanian pada masa kini telah menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja juga semakin meningkat terutamanya pendatang tanpa izin. Kerajaan Negeri amat memandang serius perkara ini kerana penambahan bilangan pendatang tanpa izin boleh mengakibatkan persaingan dalam bidang pekerjaan dengan penduduk

    Oleh itu, sejak tahun 2015, Program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS) telah mula dilaksanakan dan berjaya melatih, memperkasakan serta memberikan maklumat awal kepada kepada seramai 1,200 golongan generasi muda samada sedang melaksanakan projek pertanian atau yang berminat untuk menceburi sektor pertanian. Melalui program ini, kursus dan seminar turut disediakan golongan generasi muda untuk mendalami sektor pertanian.

    Melalui program tersebut juga, golongan generasi muda turut didedahkan  dengan penggunaan teknologi-teknologi moden di dalam sektor pertanian seperti penggunaan drone, tanaman berkonsepkan fertigasi, konsep plant factory dan pelbagai lagi kaedah moden yang boleh memberikan galakan dan minat kepada golongan tersebut untuk menceburi bidang pertanian.

    Dalam pada itu juga, pengeluaran hasil yang boleh menjana pendapatan yang tinggi (high value crop), persekitaran kawasan projek pertanian yang lebih kemas dan moden seperti projek tanaman berkonsepkan fertigasi serta menyediakan skim-skim insentif bagi membantu golongan tersebut untuk terus kekal di dalam sektor pertanian dan seterusnya menjadikan sektor pertanian sebagai satu sumber ekonomi yang untuk jangka masa panjang.

  3. Sudah sekian lama Majlis Daerah Sabak Bernam mengalami defisit perbelanjaan. Apakah rancangan Kerajaan untuk membantu Majlis Daerah Sabak Bernam meningkatkan pendapatan?

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau kutipan Cukai taksiran bagi semua PBT bertaraf Bandaraya, Perbandaran mahupun Daerah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Negeri bagi memastikan kutipan memenuhi sasaran berikutan ianya merupakan penyumbang utama kepada pendapatan PBT Negeri Selangor.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan geran-geran pembangunan seperti program pelancongan, pembangunan kampung baru dan kemudahan infrastruktur kepada PBT dengan memberi tumpuan kawasan luar bandar termasuk daerah Sabak Bernam.

    Penyaluran geran-geran ini akan dapat mengurangkan perbelanjaan PBT dan seterusnya membantu pembangunan di PBT terutamanya MDSB.

Lampiran

Tiada Lampiran.