Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
154) PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berikutan timbul isu virus kencing tikus di Sungai Congkak, adakah Kerajaan bercadang untuk meningkatkan lagi tahap penyelenggaraan kawasan-kawasan pelancongan bagi mengelakkan timbul persepsi Òtidak selamatÓ untuk dikunjungi oleh masyarakat?
Berikutan isu Virus Kencing Tikus di Sungai Chongkak, isu ini hanya disyaki tetapi tidak dapat dibuktikan secara sah. Kawasan tersebut ditutup selama 2 minggu setelah proses perbincangan lanjut dilakukan. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah menjalankan langkah pencegahan dengan meningkatkan lagi tahap penyelenggaraan kawasan pelancongan seterusnya mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan kebersihan kawasan perkelahan, tapak perkhemahan dan kawasan chalet sentiasa berada dalam keadaan bersih dan
Sehubungan dengan itu, Tourism Selangor telah melantik sebuah syarikat kontraktor pembersihan untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan di seluruh kawasan Chongkak Park & Resort (CPR). Antara skop tugas yang dilakukan oleh kontraktor pembersihan terbabit adalah seperti berikut:
BIL. SKOP KERJA/ TUGASAN STATUS KERJA 1.
Kerja-kerja pembersihan Chalet (Chalet 1 hingga 14)
Harian
2.
Kerja-kerja pembersihan di kawasan semua wakaf
Harian
3.
Kerja-kerja pembersihan kawasan surau
Harian
4.
Kerja-kerja pembersihan kawasan astaka
Harian
5.
Kerja-kerja pembersihan di kawasan dewan terbuka
Harian
6.
Kerja-kerja pembersihan bilik persalinan
Harian
7.
Kerja-kerja pembersihan tandas
Harian
8.
Menyembur daun kering di seluruh kawasan termasuk kawasan tapak perkhemahan
Harian
9.
Mengutip sampah di seluruh kawasan
Harian
10.
Memotong rumput di seluruh kawasan
Mingguan
11.
Membersihkan BBQ Pit
Mingguan
12.
Membersihkan longkang di kawasan:
i. Jalan utama
ii. Chalet
iii. Astaka
iv. Tandas
Mingguan
13.
Menyelenggara dan membersihkan kolam takungan air
Mingguan
14.
Membersihkan atap / bumbung chalet, wakaf, astaka, surau, tandas, bilik persalinan, kaunter tiket, dewan terbuka dan pejabat
Mingguan
15.
Membersihkan sawang dan dinding bangunan chalet, wakaf, astaka, surau, tandas, bilik persalinan, kaunter tiket, dewan terbuka dan pejabat
Mingguan
16.
Lain-lain tugas mengikut keperluan dari masa ke semasa
Semua kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor pembersihan ini akan dipantau oleh penyelia dan kakitangan yang bertugas di CPR, disamping pihak kontraktor perlu menghantar laporan bulanan kepada Tourism Selangor bagi tujuan pembayaran bulanan. Pihak Tourism Selangor juga akan membuat pemantauan berkala dalam menyelenggara dan membuat pembersihan kolam septik tadahan najis.
Bermula 1 Januari 2017, Tourism Selangor mengambil inisiatif menyediakan kain rentang dan banner bagi melarang pengunjung CPR dan beberapa kawasan pelancongan serta rekreasi, untuk membawa bag plastik dan juga bekas makanan yang diperbuat daripada polisterina sejajar dengan kempen yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tourism Selangor turut menyediakan beberapa papan tanda peringatan kepada pengunjung terhadap bahaya virus kencing tikus dan turut bekerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dengan memasang beberapa unit lagi sebagai peringatan kepada pengunjung.
Tourism Selangor juga turut bekerjasama dengan pihak swasta seperti syarikat perkilangan, NGO, pihak institusi pendidikan kerajaan dan swasta serta jabatan kerajaan seperti Majlis Perbandaran Kajang menjalakan aktiviti gotong royong dan juga aktiviti pembersihan sungai seperti membuang ‘Mud Balls’ untuk menjernihkan air sungai.
Aktiviti gotong royong bagi tujuan pencegahan turut di adakan pada 20 Februari 2017, yang diketuai oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Hulu Langat dan turut disertai oleh:
- B Dusun Tua
- Kakitangan Tourism Selangor
- Pejabat Kesihatan daerah Hulu Langat
- Majlis Perbandaran Kajang
- Pejabat Daerah Hulu Langat
- Penduduk kampung berhampiran
Walau bagaimanapun, selain Tourism Selangor terdapat lebih daripada 15 pengusaha chalet dan tapak perkhemahan bersama-sama menjalankan operasi di kawasan Sungai Chongkak yang juga bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan terutama dalam penyediaan tandas awam untuk pengunjung di kawasan mereka.
-
Adakah Kerajaan juga merancang menambahkan lagi kemudahan-kemudahannya untuk menarik pengunjung-pengunjung?
Tourism Selangor pada setiap tahun telah mengemukakan permohonan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak UPEN Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan untuk membaiki mutu kemudahan awam yang disediakan kepada para pengunjung di Chongkak Park and
Permohonan terkini telah dibuat melalui mesyuarat Retreat Jawatankuasa Tetap Pelancongan yang telah berlangsung pada 15 hingga 17 Februari di Hotel Cititel, Pulau Pinang.
Pihak Tourism Selangor turut mengemukakan permohonan yang sama iaitu untuk membaiki kemudahan awam Chongkak Park and Resort di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Tourism Selangor yang telah bermesyuarat pada 27 Februari 2017 yang lalu.