Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

23) PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI KAWASAN LUAR BANDAR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan untuk membangunkan kawasan-kawasan pelancongan di luar bandar?

    Kerajaan Negeri telah mengadakan dan melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan kawasan-kawasan pelancongan di luar bandar. Antara usaha yang sedang dilaksanakan adalah usahasama dengan agensi-agensi kerajaan dan penggiat pelancongan didalam negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan, PejabatPejabat Daerah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tourism Malaysia dan Tourism Selangor sendiri sebagai badan pelancongan rasmi negeri melalui mesyuarat PRO Pelancongan yang diadakan sebulan sekali. Mesyuarat PRO Pelancongan ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu pelancongan negeri termasuklah mendengar dan membincangkan cadangan produk-produk baru pelancongan terutama bagi sektor pelancongan di luar bandar.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri dengan kerjasama TSSB turut melaksanakan program ‘product update’ bagi melihat potensi-potensi produk baru di seluruh negeri Selangor.

  2. Di manakah kawasan luar bandar yang menjadi tumpuan Kerajaan untuk usahausaha ini?

    Kerajaan Negeri melihat pembangunan pelancongan di dalam Negeri Selangor adalah secara menyeluruh dan tidak tertumpu kepada mana-mana zon atau bahagian sama ada di bandar atau di luar bandar.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan pelancongan yang terletak di luar bandar telah dikenalpasti sebagai kawasan pelancongan berdasarkan potensi dan kekuatan seperti pelancongan eko, pelancongan warisan, dan pelancongan sukan diantaranya seperti berikut:

    1. Daerah Sabak Bernam dan sekitar
    2. Daerah Kuala Selangor dan sekitar
    3. Daerah Hulu Selangor dan sekitar
    4. Daerah Kuala Langat dan sekitar
    5. Daerah Sepang dan sekitar
    BIL JENIS

    PEMBANGUNAN

    DAERAH PRODUK
    01 Pelancongan

    Eko

    Sabak Bernam 1.     Pekan Sekinchan

    2.     Homestay Sg. Hj. Dorani

    3.     Homestay Papitusulem

    4.     Pantai Redang, Sekinchan

    5.     Pantai Bagan Nakhoda Omar

    6.     Pantai Batu 23, Sg. Nibong

    Kuala Selangor 1.     Pusat Konservasi Kelip-Kelip Kg.

    Kuantan

    2.     Pantai Remis

    3.     Sky Mirror, Sasaran

    Hulu Selangor 1.     Sungai Chiling

    2.     Sungai Pertak

    3.     Bukit Kutu

    4.     Bukit Fraser

    5.     Sungai Kalumpang

    Kuala Langat 1.     Pantai Morib

    2.     Pantai Cunang

    3.     Pantai Kelanang

    Sepang 1.   Pantai Bagan Lalang 2.   Homestay Banghuris
    02 Pelancongan

    Warisan

    Sabak Bernam 1.   Muzium Sabak Bernam
    Kuala Selangor 1.   Bukit Malawati
    Hulu Selangor 1.     Bukit Fraser

    2.     Rumah GAP

    3.     Banglo Sultan Sulaiman

    4.     Rumah Seri Berkat

    Kuala Langat 1     Istana Bandar
          2        Pekan Jugra

    3        Bukit Jugra

    4        Makam Diraja

    5        Istana Morib

    03 Pelancongan

    Sukan

    Sabak Bernam 1.    Kelong (Memancing)
    Kuala Selangor 1.    Puncak Alam (Mountain Bike)
    Hulu Selangor 1.      Bukit Batu Pahat (Paragliding)

    2.      Sungai Selangor (Water Rafting)

    Kuala Langat 1.    Bukit Jugra (Paragliding)
  3. Berapakah peruntukan yang disediakan untuk pembangunan program ini?

    Kerajaan Negeri sentiasa komited di dalam usaha untuk memajukan potensi pelancongan yang terdapat di dalam Negeri Selangor termasuklah pembangunan dan program promosi pelancongan untuk kawasan luar bandar. Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan yang khusus bagi pembangunan pelancongan di kawasan luar bandar dan peruntukan diberikan berdasarkan keperluan dan permohonan daripada pihak-pihak berkepentingan. Setiap tahun Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2.5 Juta bagi tujuan menaik taraf produk pelancongan di dalam negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.