Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

2) PEMBANGUNAN PELABUHAN PULAU CAREY

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembangunan pelabuhan Pulau Carey?

    Pembangunan Pelabuhan Pulau Carey merupakan salah satu daripada projek yang dikenalpasti di bawah Pembangunan Serantau Bersepadu di Selangor Selatan atau Integrated Development Region in South Selangor (“IDRISS”).

    Projek ini masih berada di peringkat cadangan awal pembangunan, di mana kajian kebolehlaksanaan Pulau Carey telah disediakan oleh pihak Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan.

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memiliki pegangan ekuiti di dalam pelabuhan atau pembangunan persekitaran pelabuhan tersebut?

    Cadangan pemilikan ekuiti oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam pembangunan pelabuhan hanya akan dapat ditentukan apabila cadangan pembangunan, model perniagaan dan model operasi pembangunan pelabuhan dimuktamadkan oleh semua pihak pemegang taruh terlibat dijangka pada tahun 2025. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui MBI telah memulakan perbincangan dengan pemilik tanah bagi menerokai usahasama bagi pembangunan persekitaran cadangan pelabuhan tersebut.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk memainkan peranan aktif dalam pembangunan Pelabuhan Pulau Carey melalui penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.