Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

185) PEMBANGUNAN PEKAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap pembangunan pekan Pelabuhan Klang. Contoh: 1) Perhentian Bas Pelabuhan Klang 2) Jika dibandingkan 10 tahun dahulu pekan Pelabuhan Klang merupakan satu tempat yang meriah. Kini, suasana selepas jam 9 malam telah berubah sehingga ada yang menggelarkannya sebagai ÒPekan Tanjung BalaiÓ. Di manakah silapnya?

    Majlis pada masa ini sedang mengambil tindakan penyelenggaraan terhadap bangunan Perhentian Pelabuhan Klang. Untuk makluman sehingga kini,  bangunan tersebut mempunyai kemudahan-kemudahan seperti Terminal Bas, Medan Selera, Pejabat Kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Pusat ICT dan  lain-lain.    Majlis sentiasa membuka ruang kepada semua pengusaha- pengusaha bas dan peniaga-peniaga untuk menyewa dan menjalankan perniagaan di Perhentian ini.

     

    Kurangnya pengunjung dan peniaga di Perhentian ini kerana gaya hidup  penduduk masa kini yang mahukan pasaraya yang lebih besar serta ruang yang lebih luas untuk keselesaan bagi menjalankan perniagaan.

     

    2)        Jawapan akan diberikan oleh Jabatan Perancang Bandar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.