Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
306) PEMBANGUNAN PASAR BORONG SELANGOR DAN BAZAAR RAKYAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan amaun pulangan dan kaedah bayaran pulangan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berhubung pembangunan semula Pasar Borong Selangor di atas tanah seluas 45 ekar dan Bazaar Rakyat di atas tanah seluas 3 ekar di Daerah Petaling. Apakah status projek ini?
PKPS telah merancang untuk membangunkan semula Pasar Borong Selangor dan Bazaar Rakyat sejak tahun 2021. Proses pelantikan pemaju secara tender terbuka telah pun sempurna dilaksanakan pada tahun 2022 namun syarikat yang terpilih sehingga kini tidak dapat memuktamadkan perjanjian usahasama dengan PKPS. Oleh itu PKPS akan meneliti semula cadangan lain bagi membangunkan kedua-dua tapak berkenaan.