Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
81) PEMBANGUNAN PANTAI JERAM DAN PANTAI REMIS SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri khususnya EXCO Pelancongan mempunyai perancangan untuk membangunkan Pantai Jeram dan Pantai Remis di Kuala Selangor dan apakah rancangannya?
Jawapan a & b dijawab bersekali.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah memulakan Cadangan Pembangunan Pantai Remis Jeram secara berfasa bermula pada Tahun 2023. Pantai Remis Jeram juga telah tersenarai sebagai tapak projek akhir untuk Cadangan Pembangunan Taman Awam, RMK-12 di bawah Jabatan Landskap, Negara, keputusan melalui Mesyuarat Jawantankuasa Penilaian dan Pemilihan Tapak Projek Jabatan (JPT) Bil 03/2023 pada 13 Oktober 2023 dan status tapak ini adalah Lulus dan syarat.
Bagi status terkini, Pihak MPKS sedang dalam proses untuk mendapatkan ulasan teknikal agensi luar berkaitan dan kelulusan pematuhan adalah berdasarkan Jawatankuasa Penilaian Pematuhan di peringkat Persekutuan.
-
Apakah status rancangan tersebut setakat hari ini?

Bilakah destinasi pelancongan ini dijadualkan sedia untuk pelancaran?
Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan adalah berdasarkan kelulusan peruntukan/status permohonan yang masih belum dimuktmadkan oleh pihak Jabatan Landskap Negara.