Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
156) PEMBANGUNAN ORANG ASLI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah tanah-tanah rizab Orang Asli di Hulu Selangor hendak digazetkan ?
Terdapat sebanyak 15 permohonan pewartaan tanah rizab Orang Asli di daerah Hulu Selangor.
Tanah Rizab Orang Asli yang telah di wartakan adalah seperti berikut:
- Kg Orang Asli Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu, Mukim Ampang Pechah seluas 8.08 hektar. Telah diwartakan pada 10.10.1985.
- Kg Orang Asli Changkat Bintang, Sg Selisek Mukim Hulu Bernam seluas 97.17b hektar. Telah diwartakan pda 22.9.1930.
Manakala lain-lain permohonan untuk pewartaan masih di dalam tindakan penyediaan pelan ukur dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
-
Senaraikan program pembangunan sosioekonomi Orang Asli di Hulu Selangor yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri daripada tahun 2008 hingga 2012.
Jawapan bagi soalan (b) dan (c) disediakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan pihak dewan masih belum menerima sebarang jawapan.
-
Senaraikan pembangunan sosioekonomi Orang Asli di Hulu Selangor yang telah dirancang oleh kerajaan Negeri bagi tahun 2013.
Jawapan bagi soalan (b) dan (c) disediakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan pihak dewan masih belum menerima sebarang jawapan.