Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
116) PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Kerajaan Negeri mampu melahirkan belia-belia berkualiti dan mempunyai masa depan yang lebih baik?
Bagi memastikan Kerajaan Negeri mampu melahirkan belia – belia berkualiti dan mempunyai masa depan yang lebih baik, program dan aktiviti – aktiviti seperti di bawah dirancang dan dilaksanakan:
Program SPIES remaja/ belia/ mahasiswa merupakan satu mekanisme yang merangkumi elemen SPIES bagi memupuk sikap-sikap positif di kalangan belia yang terlibat dalam kursus yang
Briged Amal merupakan satu modul khas diwujudkan kepada para belia yang telah menyertai program SPIES sebagai aktiviti folow up untuk memastikan mereka terlibat dengan aktiviti berfaedah atau berkualiti melalui program khidmat
Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) merupakan satu lagi usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha melahirkan belia berkualiti. Melalui pendekatan 5 P iaitu Pencegahan, Pendidikan. Pencelahan, Penguatkuasaan dan Pemulihan. Program ini adalah bertujuan untuk mencegah dan menangani masalah sosial yang melanda golongan belia di Negeri Selangor dengan penganjuran program-program yang berunsurkan positif seperti sembang santai bersama selebriti,
Seminar Pengurusan Cinta, Perkhemahan, Sambutan Tahun baru dan bengkel Smart remaja.
Program pembangunan belia dirancang berdasarkan kepada 6 teras iaitu kepimpinan, keusahawanan, pendidikan, sukan, kemasyarakatan dan seni budaya bagi mencapai hasrat kerajaan dalam membentuk belia sebagai tonggak
Menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik dan kemahiran melalui UNISEL dan Kolej INPENS
-
Apakah masalah-masalah sosial paling tinggi yang melibatkan belia serta pecahan permasalahan tersebut mengikut DUN, PBT & Daerah?
-
Apakah inisiatif jangka pendek mengikut pecahan DUN/Daerah yang mampu dilakukan oleh kerajaan negeri bagi membendung salah laku dan masalah gejala sosial yang melanda remaja/belia?