Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
287) PEMBANGUNAN MENGIKUT RANCANGAN TEMPATAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah asas yang digunakan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) untuk tidak meluluskan Kebenaran Merancang bagi pembangunan zon komersil bercampur (ZKC) seluas 84 ekar, Pekan Sekinchan di dalam Blok Perancangan Kecil Rancangan Tempatan MDSB?
Permohonan kebenaran merancang bagi pembangunan zon komersil bercampur (ZKC) seluas 84 ekar, Pekan Sekinchan di dalam Blok Perancangan Kecil BPK 5.1b Zon Komersil Bercampur yang dikemukakan kepada MDSB akan diproses dan dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDSB sama ada diberikan kelulusan atau ditolak.
Perkara-perkara yang dipertimbangkan dan diambilkira dalam meluluskan atau menolak sesuatau permohonan tertakluk kepada pematuhan zoning gunatanah, garis panduan dan piawaian perancangan negeri Selangor, ulasan jabatan teknikal dan syarat-syarat serta dasar semasa kerajaan negeri yang berkuatkuasa.