Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
72) PEMBANGUNAN MASYARAKAT ORANG ASLI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam meningkatkan pencapaian pendidikan anak- anak Orang Asli?
Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli tidak pernah mengabaikan kepentingan pendidikan masyarakat Orang Asli dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti berikut:
- Pejabat Pelajaran Negeri menyediakan bantuan dari kumpulan wang amanah (KWAPM) kepada pelajar miskin Orang Asli.
- Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli menyediakan perkhidmatan pengangkutan semua pelajar-pelajar orang Asli dari tempat kediaman ke Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
- Bantuan wang saku kepada pelajar sekolah menengah dengan kadar bayaran sebanya 2.00 seorang sehari.
- Pelajar-pelajar orang Asli yang Berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi Awam ( IPTA) ditawarkan Biasiswa.
- Pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar Negara melalui tajaan dari
MARA.
Pelajar-pelajar Orang Asli yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dari UPSR, PMR, SPM di raikan dan diberikan hadiah kecemerlangan serta ditawarkan memasuki Sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan Sekolah Menengah Sains.
-
Apakah usaha Kerajaan dalam menjamin kesinambungan bahasa, warisan dan budaya Orang Asli?
Kerajaan persekutuan melalui RTM memperuntukkan saluran siaran Orang Asli melalui Asyik FM dalam mengembangkan bahasa dan budaya.
-
Bagaimanakah Kerajaan memastikan masyarakat Orang Asli dapat menyara hidup khasnya komuniti yang dipindahkan ke perbandaran seperti penempatan semula di Bukit Lanjan dan Kg Air Kuning, Shah Alam?
Kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli sentiasa membuat pemantauan dengan kerjasama yang baik dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan memastikan masyarakat Orang Asli dapat menyara hidup setelah komuniti itu Diharap mereka dapat mengurus dana yang diperolehi dengan pemantauan dari Pejabat Kemajuan Orang Asli peringkat Daerah dengan kerjasama JKKK.
Masyarakat Orang Asli telah menerima faedah pampasan setiap keluarga Induk seperti berikut:
- sebuah Rumah Banglo;
- Sebuah Rumah Teres;
- Sebuah Rumah Pangsa setiap anak bujang 16 tahun ke atas;
- Ganti rugi Pokok dan tanah usaha;
- Pelaburan ASB sebanyak RM 45,000.00 setiap keluarga;
- Sara hidup selama 3 tahun RM 500.00 sebulan;
- Sebelum mereka dipindahkan Jabatan dan pemaju telah memberi kursus-kursus yang bersesuaian dengan kemahiran yang diperlukan;
- Pihak pemaju juga member peluang pekerjaan kepada penduduk berpandukan kelayakan; dan
- Pada masa sekarang Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia sentiasa memberikan peluang pekerjaan terutamanya golongan muda meningkatkan kualiti hidup mereka.